EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Jangkitan COVID-19 Dijangka Meningkat Untuk Dua Minggu

by moneycompass
Julai 14, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jangkitan ke baharu Covid-19 akan meningkat dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang selepas lebih 11,000 kes baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu juga disebabkan saringan besar-besaran dilakukan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan termasuk di kawasan tempat kerja yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

“Katanya kes meningkat sebab Selangor, KL dan Negeri Sembilan mula dikenakan PKPD, jadi saringan kita tingkatkan, malah saringan kepada pekerja juga dilakukan dan saringan dalam komuniti kita tingkatkan ini menyumbang kepada peningkatan kes,

“Ia juga hasil saringan bersasar yang dijalankan termasuk kilang dan tempat kerja yang dibenar operasi perlu melakukan saringan.

“Kita jangka kes akan bertambah, 3 Julai kita mula (PKPD di beberapa lokaliti di Selangor, KL dan Negeri Sembilan) baru seminggu, jadi kes mungkin akan bertambah seminggu dua lagi sebelum kita akan lihat kestabilan kes,” katanya pada sidang media khas bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Katanya, saringan juga ditingkatkan kepada 120,000 sehari dan akan terus dipertingkatkan lagi.

Beliau berkata, antara faktor peningkatan kes juga adalah disebabkan varian Delta yang lebih cepat merebak ketika ini dan Delta menjadi domina.

Katanya, varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus Covid-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.

“Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.

“Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh dijangkiti,” katanyA.

Noor Hisham turut memaklumkan 85% kadar jangkitan ketika ini berada di tahap 1 dan 2 sementara 15% berada pada tahap 3, 4 dan 5.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut memaklumkan kesesakan yang berlaku di hospital ketika ini disebabkan tempoh rawatan pesakit Covid-19 yang panjang bagi kategori 4 dan 5.

Katanya, tempoh bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 4 adalah 14 hari, manakala bagi kategori 5 pula sehingga 21 hari.

“Walaupun jumlah kedatangan pesakit Covid-19 adalah tinggi, kita tidak boleh menolak pesakit itu untuk menerima rawatan dan tetap memberikan ruang kepada mereka sebelum dirujuk ke hospital lain termasuk swasta dan daerah-daerah yang mampu merawat.,” katanya.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Malaysia Capai Kadar Vaksinasi Tertinggi

Tags: COVID-19DeltajangkitanPKPDvarian
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pelancaran Awal Simpan & Labur 2021, Projek The Wave Media

Next Post

Tiada Keperluan Dalam Memberi Vaksin Campuran

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA