EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Mei 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS Perlu Guna Teknologi Digital, Tidak Boleh Kekal Selesa

by moneycompass
Julai 14, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mentransformasikan operasi perniagaan mereka dalam era digital dan bersiap sedia bagi awal pemulihan perniagaan sama ada akhir tahun atau suku ketiga 2021, menurut pakar sumber manusia ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham yakin dengan pemulihan dan situasi akan kembali seperti kelaziman, susulan kadar vaksinasi meningkat dan sokongan kerajaan berterusan kepada perniagaan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan walaupun pandemik COVID-19 yang semakin buruk tidak dijangkakan, namun perniagaan sewajarnya bersiap sedia terhadap gangguan yang serupa pada masa depan.

Beliau berkata dengan perniagaan disokong oleh pelbagai bentuk sokongan, PKS perlu memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan kepada mereka termasuk yang terbaru, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Beliau memuji langkah kerajaan memperkenalkan pakej bantuan PEMULIH RM150 bilion justeru, gesaan supaya berusaha ke arah pemulihan adalah untuk semua pihak dan perniagaan, khususnya PKS yang tidak boleh lagi kekal selesa.

“Sekiranya tiada tindakan proaktif diambil mereka untuk mengubah operasi perniagaan dari segi pendigitalan, mereka mungkin menghadapi satu lagì tahun yang penuh kesuraman atau menutup terus perniagaan,” katanya.

“Kita kini berada dalam era digital, era perindustrian telah berlalu dan selepas 16 bulan berada dalam tempoh sekatan pergerakan, cukuplah. Kita tidak boleh menyalahkan, mengeluh atau meratapi ketidaktentuan masa depan,” katanya.

PKS perlu menentukan semula dinamik operasi mereka secara serius dengan menggunakan teknologi digital baharu, kompetensi kemahiran dan sumber pasukan di camping bersedia untuk bekerja dalam persekitaran berdaya tahan.

Penuntut yang baru sahaja menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi dan yang belum berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga boleh mendaftar dengan MYFutureJobs untuk mendapatkan elaun yang akan membantu mereka bertahan dalam jangka pendek.

Beliau berkata kini syarikat perlu mempertimbangkan keseluruhannya, bentuk pemikiran baharu dengan pasukan dan sistem pejabat perlu digabungkan serta berinteraksi dengan pelaksanaan teknologi baharu malah pelanggan turut wajar dimaklumkan menerusi proses dan prosedur yang diatur dengan baik.

“PKS tidak wajar membazirkan lagi masa mereka sebaliknya perlu mencipta semula operasi perniagaan masing-masing,” katanya.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Milenium Dapat Manfaatkan Pendigitalan, Bantu Pasaran Bersaing

Tags: PEMULIHPendigitalanPeniagaPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Gaji, Upah Bulanan Merosot 9 Peratus

Next Post

Ekonomi Singapura Meningkat 14.3 Peratus

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA