EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Google Bantu PKS Beralih Ke E-Dagang

by moneycompass
Julai 15, 2021
in Gaya Hidup
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – E-dagang membantu perniagaan untuk bertahan semasa pandemik COVID-19 dan platform itu menawarkan potensi yang besar kepada mereka untuk berjaya pada masa depan, menurut syarikat teknologi Google.

Pengurus Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awamnya Nick Bauer berkata terdapat banyak peluang untuk perniagaan Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk memanfaatkan e-dagang bagi meningkatkan eksport mereka.

Beliau berkata pandemik telah menguji banyak sektor dan perniagaan tetapi ia turut menunjukkan daya tahan Malaysia dan peluang yang wujud daripada ekonomi digital.

“Google komited untuk memastikan setiap perniagaan di Malaysia mempunyai sokongan dan instrumen yang diperlukan untuk pulih dan bangun semula,” katanya pada sesi panel keempat secara maya pada hari kedua Hari Eksport eNasional (eNED) 2021.

Syarikat telah menyediakan tiga cara untuk membantu perniagaan berkembang dengan alat digital Google yang mudah dan percuma.

Pertama, Bauer berkata My Export Score, laporan percuma yang menggabungkan data daripada Google Analytics, Google Ads dan SimilarWeb, mewujudkan skor ‘kesediaan pasaran’ dengan perincian prestasi antarabangsa laman web perniagaan dan langkah seterusnya jika ada).

Kedua, katanya pertumbuhan perniagaan akan dibantu dengan alat Market Finder yang akan mengenal pasti potensi pasaran berdasarkan pelbagai faktor.

“Ia (Market Finder) bermula dengan melayari laman web anda dan mengumpulkan maklumat kategori produk yang dapat anda sahkan apabila ia selesai,” katanya.

Ketiga, katanya dengan menggunakan Google Maps, ia membantu mewujudkan hubungan langsung antara pelanggan dan perniagaan melalui panggilan telefon, pesanan atau memberikan ulasan.

Bauer berkata di Malaysia, Google telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk membantu perniagaan berkembang dengan cepat selain mempelajari kemahiran digital baharu.

Beliau berkata ‘Mahir Digital bersama Google’ merupakan inisiatif utama.

“Bengkel secara maya membantu peralihan perniagaan tempatan kepada era digital.

“Ia telah menambah modul baharu untuk membimbing pemilik perniagaan membina kedudukan mereka secara dalam talian dan melakukan jualan dalam talian,” kata Bauer.

Beliau berkata pada 2020, program itu telah mencapai 15,000 PKS dalam membantu mereka menggalakkan jualan dalam talian dengan menggunakan alat digital Google.

Pada tahun ini, melalui eNED 2021, Google bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk membawa lebih banyak kemahiran dalam program pembangunan pengeksport dan menggalakkan eksport agensi itu dalam usaha membantu PKS dalam perniagaan dalam talian mereka.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: PKS Perlu Guna Teknologi Digital, Tidak Boleh Kekal Selesa

Tags: e-DagangGooglePendigitalanPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ekonomi Singapura Meningkat 14.3 Peratus

Next Post

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diedarkan Tidak Lama Lagi

Related Posts

rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022
Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. 
Gaya Hidup

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

16 Ogo 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA