EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Permohonan GKP 4.0 Dibuka Mulai Hari Ini

by moneycompass
Julai 15, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang tidak pernah menerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini, boleh mengemukakan pendaftaran GKP 4.0 mulai hari ini hingga 31 Julai 2021.

Ia boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan adanya proses pendaftaran baharu ini, sebahagian daripada PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan bagi verifikasi semula.

“PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 30 Jun 2021.

“Untuk maklumat lanjut, pemohon GKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi GKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini,” katanya.

Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) membabitkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.

Penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.

 

–HARIAN METRO

BACA SETERUSNYA: Bantuan GKP 3.0 Mula Disalurkan 12 Julai

Tags: BantuanGeran Khas PrihatinGKPPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diedarkan Tidak Lama Lagi

Next Post

Laksanakan Cukai Keuntungan Luar Biasa Terhadap Syarikat

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA