EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

SME Bank Tawar Moratorium, Lanjutan Bayaran Balik

by moneycompass
Julai 15, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – SME Bank menawarkan kemudahan moratorium sehingga enam bulan dan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan berkuat kuasa bulan ini.

SME Bank dalam satu kenyataan, berkata kemudahan sokongan kewangan itu dijangka membantu 3,726 pelanggannya, membabitkan pembiayaan berjumlah RM5.4 bilion melalui Program SRP PEMULIH (SRP- SME Relief Program).

Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata SRP PEMULIH yang disediakan oleh SME Bank bukan sahaja untuk moratorium, malah menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan untuk membolehkan pelanggan mengurus aliran tunai yang lebih efektif.

Sebelum ini, SME Bank telah menawarkan pakej SRP 1.0 dan 2.0 yang bertujuan memulihkan kembali perniagaan yang terjejas.

Bagi SRP 1.0, SME Bank telah membantu seramai 3,084 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan RM4.1 bilion.

“Bagi SRP 2.0 yang berbentuk bantuan bersasar, 311 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan bernilai lebih dan RM248 juta telah mendapat manfaat daripada bantuan ini.

“Sejak dari awal pandemik serta pengenalan SRP 1.0 sehingga SRP PEMULIH, SME Bank telah bergerak secara proaktif di dalam membantu usahawan PKS.

Pegawai Perhubungan Bank telah menghubungi semua pelanggan untuk memahami masalah yang dihadapi dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.

“Ini ditambah dengan proses yang dipermudahkan iaitu pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan tidak perlu memohon sebaliknya ditawarkan pilihan mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Aria Putera berkata, sektor yang mendapat perhatian SME Bank ialah sektor pelancongan dan pengangkutan penumpang yang menjadi sektor paling teruk terjejas akibat pandemik.

“Sektor lain yang turut menerima bantuan secara keseluruhannya termasuk sektor perkhidmatan, peruncitan serta pembinaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi terus membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangani masalah pembiayaan dan perniagaan yang sedang dialami, SME Bank akan mengadakan program SME Bank XCESS 2021 secara maya pada 26 Julai ini.

“Program berbentuk padanan perniagaan ini akan menghimpunkan 20 syarikat utama, sembilan syarikat ekuiti persendirian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang akan menawarkan bantuan secara terus kepada usahawan yang hadir.

“Pendaftaran untuk menyertai SME Bank XCESS 2021 boleh dibuat di www.smebankxcesss2021.net. Maklumat juga boleh didapati dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-26037700 atau layari laman web dan media sosial rasmi SME Bank,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: UOB Malaysia Tawar Moratorium Enam Bulan Kepada Pelanggan

Tags: BankBantuanMoratoriumPKSSME
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Laksanakan Cukai Keuntungan Luar Biasa Terhadap Syarikat

Next Post

Pelancaran Awal Simpan & Labur 2021, Projek The Wave Media

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA