EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Jun 9, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

21 Peratus Perniagaan Runcit Ditutup Kerana Pandemik

by moneycompass
Julai 16, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kaji selidik oleh Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) mengenai impak daripada sekatan semasa menunjukkan 91 peratus daripada perniagaan runcit melaporkan jualan merosot untuk tempoh Januari hingga Jun 2021.

Presidennya, Shirley Tay berkata kaji selidik itu dijalankan pada Jun dalam kalangan 450 ahli persatuannya untuk membandingkan angka jualan bagi tempoh enam bulan pertama pada 2020 dan 2021.

“Sebanyak 45 peratus daripada responden menyatakan mereka mencatatkan kemerosotan jualan lebih 30 peratus manakala 55 peratus menyatakan mereka perlu mengurangkan operasi runcit mereka manakala 21 peratus terpaksa menutup sehingga enam rangkaian dan cawangan.

“Sebanyak 40 peratus daripada ahli kami melaporkan bahawa mereka terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja dan apabila kami membuat penjadualan, adalah selamat untuk menyatakan bahawa kemungkinan lebih 50,000 pekerja runcit telah diberhentikan setakat ini,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Tay berkata sebanyak 97 peratus daripada responden runcit melaporkan bahawa mereka hanya mempunyai 4.5 bulan nilai aliran tunai untuk mengekalkan operasi mereka berikutan jualan merosot.

“Ramai ahli kami terjejas teruk oleh pandemik ini, sebahagiannya tidak dapat bertahan lebih tiga bulan dengan kedudukan aliran tunai semasa mereka,’ katanya.

Sementara itu, MRCA bersama Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) bekerjasama untuk mengumpul dana kecemasan bagi membeli bekalan makanan keperluan untuk mereka yang terjejas oleh pandemik.

Kerjasama itu menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 bagi membantu menyediakan kotak makanan kepada lebih 10,000 keluarga di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

“Setakat ini, kotak makanan tersebut telah diberikan kepada 2,000 keluarga di sembilan lokasi agihan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan lebih banyak lokasi kini sedang dimuktamadkan untuk pengagihan yang seterusnya.

“Kami yakin kerjasama ini dengan DSAM sekurang-kurangnya akan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik kerana setiap sumbangan akan dapat mengurangkan kesukaran rakyat,” katanya.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Laksanakan Cukai Keuntungan Luar Biasa Terhadap Syarikat

Tags: COVID-19PeniagaPKSruncit
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

CW Berita Kewangan: Bayaran GKP 3.0 Disalurkan Mulai 12 Julai

Next Post

Varian ‘Lebih Bahaya’ Dijangka Tular Ke Seluruh Dunia

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA