EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Disember 11, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Surat MITI Dilarang Digunakan Untuk Merentas Negeri

by moneycompass
Julai 19, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Polis tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk tujuan pergerakan rentas negeri.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Katanya, ia susulan peningkatan bilangan kenderaan dikesan di lebuh raya dalam tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Semua sekatan jalan raya sempadan negeri telah diarah meningkatkan penguatkuasaan untuk tujuan itu dan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI bagi tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Jelasnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan berkenaan akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Semalam, media tempatan melaporkan kemasukan kenderaan dari arah utara iaitu melalui Jalan Gerik-Jeli ke Kelantan meningkat sebanyak 5%, sejak Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Abdullah Muhammad Piah berkata, pertambahan tersebut melibatkan pergerakan kenderaan dari negeri seperti Perak, Kedah dan Perlis.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Industri Kayu Rugi RM3 Bilion Sepanjang Jun

Tags: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMITInegeriRentas
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

KKM Luluskan Kit Ujian Kendiri Covid-19

Next Post

Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar, Atasi Apple

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA