EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar, Atasi Apple

by moneycompass
Julai 19, 2021
in Gaya Hidup
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi China, Xiaomi mengatasi Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia pada suku kedua 2021, demikian menurut perangkaan Canalys.

Xiaomi ketika ini menguasai sebanyak 17 peratus pasaran telefon pintar dengan merekodkan peningkatan pertumbuhan tahunan sebanyak 83 peratus.

Canalys turut menyatakan langkah Xiaomi mengubah model perniagaannya serta pelbagai inisiatif yang dilaksanakan seperti penyatuan rakan pengedaran dan pengurusan yang lebih teliti di pasaran terbuka menjadi faktor utama peningkatannya itu.

Xiaomi juga dijangka akan menggantikan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, berkata menduduki tempat kedua adalah kejayaan penting dalam sejarah penubuhan Xiaomi.

Beliau berkata, setelah lima tahun berusaha melonjakkan perniagaan dalam keadaan yang sukar, keupayaan produk Xiaomi ditingkatkan dengan ketara.

Katanya, syarikat membuka jalan untuk segmen pasaran premium dan meningkatkan bahagian pasarannya.

“Xiaomi akan terus memperkukuhkan keupayaan utamanya dan mengukuhkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar kedua terbesar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada suku keempat 2020, penghantaran global Xiaomi mencapai 43.4 juta unit dengan pertumbuhan tahunan 31.5 peratus, mengatasi Apple untuk kali pertama.

Pada suku pertama 2021 pula, Apple naik ke tangga kedua dengan 15 peratus penguasaan pasaran diikuti oleh Xiaomi pada 14 peratus.

Penghantaran global telefon pintar Xiaomi ketika itu adalah pada 49.4 juta unit dengan pertumbuhan 69.1 peratus.

Namun, setelah Xiaomi melancarkan siri Mi 10 perdana premiumnya, ia terus berinovasi dalam bidang kritikal seperti pengimejan, paparan, pengecasan dan pembuatan pintar.

Xiaomi juga melaksanakan pelaburan bagi mencapai kejayaan dalam pasaran premium, membawa teknologi terkini kepada pengguna dan membantu membentuk arah baharu industri.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Journify, Platform Digital Sehenti Untuk Pelancongan

Tags: AppleSamsungtelefon pintarXiaomi
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Surat MITI Dilarang Digunakan Untuk Merentas Negeri

Next Post

Eksport Produk Getah Dijangka Naik 80 Peratus

Related Posts

rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022
Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. 
Gaya Hidup

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

16 Ogo 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA