EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

3.6 Juta Pekerja Taman Tema Bakal Hilang Pekerjaan

by moneycompass
Julai 21, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) merayu agar perniagaan teras industri berkenaan dibuka semula di bawah fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam suratnya kepada perdana menteri, MATFA berkata, garis masa terkini PPN, yang hanya membenarkan sektor pelancongan beroperasi semula seawal-awalnya pada Oktober, akan “tambah melumpuhkan industri”.

Katanya, 3.6 juta pekerja bakal kehilangan mata pencarian.

Persatuan berkenaan meminta taman tema dan tarikan, panggung wayang, pusat hiburan keluarga selain pusat spa, dibenarkan dibuka semula bersama pusat beli-belah, resort dan hotel di bawah fasa kedua PPN.

Tambahnya, kerajaan harus bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyusun pelan pemulihan bagi sektor pelancongan untuk jangka masa pendek dan sederhana dengan menerapkan amalan terbaik oleh negara lain seperti Thailand dan negara Eropah.

Persatuan itu mencadangkan matrik baharu untuk mengukur situasi wabak seperti kadar positif, jumlah kes serius dan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan kematian dilaporkan sebagai bilangan per 100,000 penduduk.

Bagaimanapun, jika kerajaan masih memutuskan untuk meletakkan sektor tersebut dalam senarai larangan katanya, pampasan yang mencukupi untuk perniagaan pelancongan dalam bentuk bantuan kewangan, subsidi upah yang dipercepat, kos operasi, cuti berkanun, diskaun utiliti dan kewajipan cukai harus dipertimbangkan.

MATFA turut mencadangkan kempen vaksinasi bagi semua sektor berkait pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Berharap perdana menteri dapat mengembalikan keyakinan terhadap ekonomi yang goyah, mereka menggesa agar tindakan segera yang diperlukan industri pelancongan diambil segera.

“Ini tidak boleh menjadi pilihan lagi – ini wajib – kerana 3.6 juta pekerja akan kehilangan mata pencarian dan syarikat akan menanggung kerugian RM100 billian yang tidak dapat dikurangkan,” katanya.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Pembuangan Pekerja Besar-Besaran, Potongan Gaji Dijangka Berlaku

Tags: IndustriMAFTAPersatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysiapusat hiburan keluargataman tema
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Malaysia Masih Destinasi Pilihan Untuk Pelaburan

Next Post

Simpan & Labur 2021 Sediakan Institusi Kewangan, Penyedia Perkhidmatan Kewangan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA