EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Januari 31, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

FEN: 5 Panduan Jika Perlukan Bantuan Pembayaran Balik

by moneycompass
Julai 21, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR — Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) meminta individu, perusahaan mikro serta kecil dan sederhana (PMKS) membuat aduan menerusi BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey sekiranya mereka menghadapi masalah dengan bank masing-masing mengenai bantuan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan.

Perkara itu merupakan antara empat tindakan yang sesuai dilakukan di bawah langkah #5 Bertindak mengikut Panduan Untuk Pilih Bantuan Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan yang disediakan oleh FEN.

FEN merupakan kumpulan antara agensi yang dipengerusikan bersama BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan dianggotai antaranya oleh Kementerian Pendidikan, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi catatan di media sosial, Instagram, panduan yang turut dikeluarkan di saluran sosial itu disediakan bagi membantu orang ramai membuat keputusan bijak dan wajar berhubung bantuan bayaran balik pinjaman.

Berdasarkan panduan berkenaan, lima langkah dititikberatkan sebelum membuat keputusan berhubung bantuan bantuan balik iaitu #1 Ketahui; #2 Pertimbangkan; #3 Tanya; #4 Nilaikan dan #5 Bertindak.

Mengikut langkah dua, FEN mahu peminjam mempertimbangkan situasi semasa sama ada benar-benar memerlukan bantuan, pendapatan berkurangan atau mampu membayar balik dalam memilih moratorium enam bulan, mengurangkan bayaran ansuran atau terus membayar balik.

“Hubungi bank untuk mengurangkan bayaran ansuran, atau teruskan membayar balik jika mampu, atau hubungi AKPK di services.akpk.org.my jika pinjaman telah tertunggak melebihi 90 hari,” jelasnya.

Berdasarkan langkah #3 Tanya, FEN menggalakkan orang ramai bertanya kepada bank antaranya mengenai jumlah bayaran ansuran selepas bantuan berakhir kadar faedah yang dikenakan ke atas bayaran ansuran bulanan yang ditangguhkan serta tindakan yang perlu dilakukan jika pendapatan peminjam masih terjejas selepas bantuan itu tamat.

“Anda juga perlu tanya kepada bank apa yang akan terjadi kepada bantuan yang sedang diterima jika anda penerima bantuan bayaran balik sedia ada,” menurut panduan itu.

Mengikut langkah #4 Nilaikan, peminjam perlu tahu faedah akan terus dikenakan oleh bank atas jumlah ansuran yang ditangguhkan dan tiada ‘faedah atas faedah‘ atau caj penalti lewat bayar akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium.

Selain itu, di bawah #5 Bertindak, FEN meminta orang ramai menghubungi AKPK melalui services.akpk.org.my untuk mendapatkan khidmat nasihat atau pilihan bantuan bayaran balik alternatif.

Peminjam boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada Perancang Kewangan Berlesen SmartFinance FPAM melalui bit.Iy/3js5zrm, tambahnya.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: SME Bank Tawar Moratorium, Lanjutan Bayaran Balik

Tags: Agensi Kaunseling dan Pengurusan KreditAKPKBank Negara MalaysiaFENJaringan Pendidikan KewanganPMKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Malaysia Tawar Pengembangan Syarikat Terbaik Di ASEAN

Next Post

Pfizer, Sinovac Punyai Keberkesanan Yang Sama

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA