EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia Masih Destinasi Pilihan Untuk Pelaburan

by moneycompass
Julai 21, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Pertama dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam ketika tinjauan fotoBernama di Stesen Semantan hari ini.
Pengguna boleh menikmati perkhidmatan MRT Fasa Pertama ini termasuk bas pengantara secara percuma sehingga 16 Jan 2017.
--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Pertama dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam ketika tinjauan fotoBernama di Stesen Semantan hari ini. Pengguna boleh menikmati perkhidmatan MRT Fasa Pertama ini termasuk bas pengantara secara percuma sehingga 16 Jan 2017. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur serta warga asing dengan perspektif global menumpukan aspek pelaksanaan program vaksinasi serta usaha meningkatkan tahap imunisasi rakyat negara ini.

Menurut Penganalisis Crisis Comm, Peter Nicoll, pergerakan di pasaran Malaysia juga ternyata bertambah baik pada awal minggu ini walaupun sebahagian besar fokus lebih tertumpu ke atas pasaran Amerika Syarikat (AS) serta soal pelarasan dalam pelbagai portfolio menteri terbabit.

“Namun, semua perkembangan ini berlaku sebelum pengumuman oleh (agensi penarafan antarabangsa) Fitch Ratings yang bertindak mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada BBB+ dengan prospek stabil.

“Ini adalah satu perkara yang positif dan menjadi tumpuan pelabur dan warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Mid-Day Update’ terbitan Bernama TV pada Rabu.

Bagaimanapun, pada masa sama, Nicoll berkata aspek kestabilan politik terus menjadi kebimbangan utama pelabur.

“Kita menjangkakan dapat melihat beberapa impak positif susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam beberapa minggu akan datang termasuk pengumuman mengenai kelonggaran untuk mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin yang dapat menggalakkan lebih ramai tampil mendapatkan suntikan itu.

“Apa yang boleh kita katakan, perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai sasaran (imuniti kelompok),” katanya.

Selain itu, Nicoll menyifatkan sentimen pesimis dalam kalangan rakyat sebagai sesuatu yang telah dijangkakan kerana pandemik yang membabitkan jangka masa panjang dan rakyat perlu berurusan dengan pelbagai peraturan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu.

“Malaysia masih lagi dalam fasa pengurusan pandemik dan belum beralih ke fasa pemulihan walaupun kita dapat melihat garis panduan yang lebih jelas mengenai peralihan berkenaan menerusi PPN,” katanya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Malaysia Tawar Pengembangan Syarikat Terbaik Di ASEAN

Tags: Ekonomimalaysiapelaburan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

‘Hotline’ Bantu Peniaga Yang Tekanan Mental, Emosi

Next Post

3.6 Juta Pekerja Taman Tema Bakal Hilang Pekerjaan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA