EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia Tawar Pengembangan Syarikat Terbaik Di ASEAN

by moneycompass
Julai 21, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
kewangan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR — Malaysia menjadi destinasi pilihan pengembangan bagi syarikat ASEAN yang mencari peluang pertumbuhan di ASEAN, demikian menurut kajian terkini Standard Chartered (StanChart).

Menurut StanChart dalam laporan strategiknya Perniagaan Tanpa Sempadan: Koridor Antara-ASEAN, yang meneroka peluang berpotensi tinggi bagi pertumbuhan rentas sempadan di rantau ini, ia berkata 49 peratus daripada responden kajian memilih Malaysia sebagai satu daripada negara yang menawarkan peluang pengembangan yang terbaik di ASEAN dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Laporan itu juga menyatakan automotif, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan digital adalah sektor pertumbuhan utama bagi Malaysia.

“Negara ini telah mula menunjukkan kemajuan dalam mengembangkan kemampuan bagi memacu pertumbuhan dalam kedua-dua segmen kenderaan elektrik dan pembekal pusat data.

“Malaysia juga dilihat sebagai hab pembuatan peranti perubatan terkemuka dan peneraju pasaran serantau dalam pelancongan perubatan,’ jelas StanChart dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, kajian itu menunjukkan majoriti syarikat ASEAN menumpukan pada peluang antara rantau mengharapkan pertumbuhan perniagaan yang rancak di rantau ini dalam 12 bulan akan datang dengan 99 peratus responden menjangkakan pertumbuhan dalam pengeluaran manakala 96 peratus menjangkakan pertumbuhan dalam pendapatan.

Menurut tinjauan itu juga, akses kepada pasaran pengguna ASEAN yang besar dan semakin berkembang, akses kepada pasaran global yang dipacu oleh rangkaian perjanjian perdagangan bebas serta ketersediaan tenaga kerja yang mencukupi dan berkemahiran merupakan antara pendorong paling penning untuk pengembangan di rantau ini.

Di samping itu, dengan termeterainya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangkakan menarik lebih banyak pelaburan ke ASEAN, semua responden berkata mereka merancang untuk meningkatkan pelaburan mereka dalam masa tiga atau lima tahun akan datang, katanya.

Dalam ASEAN, Malaysia adalah hab utama untuk pelaburan, dan merupakan sumber ketiga terbesar pelaburan langsung asing antara-ASEAN pada tahun 2019.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Empat Bank Malaysia Rekod Kedudukan Rizab Yang Kukuh

Tags: ASEANmalaysiaPasaranSerantau
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Khidmat Perbankan Digital Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia

Next Post

FEN: 5 Panduan Jika Perlukan Bantuan Pembayaran Balik

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA