EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Salixium Kesan Covid-19 Menerusi Air Liur, Calitan Hidung

by moneycompass
Julai 26, 2021
in Berita Terkini
Salixium adalah ujian Antigen RTK (Kit Ujian Pantas) yang menggunakan teknologi immunokromatografi yang mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam saliva atau air liur manusia dan spesimen calitan hidung.
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Ketika rakyat Malaysia masih bergelut dengan pandemik Covid-19, mereka diberi pilihan lebih mudah untuk melakukan ujian dengan kit ujian kendiri yang dilancarkan.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini meluluskan pengimportan dan pengedaran dua kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.

Kelulusan itu diberikan menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) iaitu sebuah agensi di bawah kementerian yang bertanggungjawab dalam kawal selia dan pendaftaran peranti perubatan.

Salah satu kit itu, Salixium adalah dihasilkan di Malaysia oleh syarikat teknologi kesihatan berpangkalan di Shah Alam, MeDKAD Sdn Bhd.

Menurut pengurus projek MeDKAD Syahriah Razak, Salixium adalah ujian Antigen RTK (Kit Ujian Pantas) yang menggunakan teknologi immunokromatografi yang mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam saliva atau air liur manusia dan spesimen calitan hidung.

Dia menyifatkannya sebagai produk pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan di makmal MeDKAD di Taman Teknologi Malaysia. Proses pembuatannya juga dibangunkan dalam negara.

Salixium mempunyai kepekaan sebanyak 91.23% dan spesifisiti sebanyak 100%.

Menurut Syahriah, kit ujian ini juga mesra pengguna dan tidak invasif.

Dia berkata MeDKAD bekerjasama dengan Reszon Diagnostic dan matlamat mereka adalah “menghasilkan kit ujian kendiri antigen pantas yang menggunakan air liur dan calitan hidung supaya mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia”.

“Kami berharap ia akan menyediakan perlindungan lapisan pertama atau pertahanan terhadap Covid-19 kerana pengesanan awal boleh mengurangkan penularan virus dalam komuniti,” katanya.

Setiap kit Salixium mengandungi peranti ujian Antigen Pantas Covid-19, satu tiub penyangga pengekstrakan dan penitis, dua swab pakai buang, satu beg sampah dan kertas panduan.

Mereka yang menggunakan kit ujian ini tidak seharusnya mengambil makanan, merokok, mengunyah atau meminum sesuatu selain air masak 30 minit sebelum ujian.

Mereka perlu mencuci tangan sebersihnya selama 20 saat menggunakan sabun dan air. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan gel sanitasi tangan.

Ujian kit kendiri Antigen Covid-19 Salixium ini berharga RM39.90 dan boleh didapati di semua farmasi berdaftar dan pusat kemudahan kesihatan.

Anda juga boleh melayari laman sesawang www.salixium.com untuk membuat pembelian.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: KKM Luluskan 1 Lagi Kit Ujian Kendiri Covid-19

Tags: COVID-19kit ujian kendiri
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kiplepay Kenalkan 3 Ciri Baharu Untuk E-Dompet

Next Post

Empat Syarikat Telco Dikompaun Oleh MCMC

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA