EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

SME Corp, MIDF Tawar Bantuan Kewangan Kepada PKS

by moneycompass
Julai 26, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
KUALA LUMPUR - SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menawarkan bantuan kewangan sehingga RM250,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menawarkan bantuan kewangan sehingga RM250,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Skim pembiayaan baharu dikenali SME Revitalization Financing (SMERF) itu turut menawarkan pembiayaan sehingga 90 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi kos item yang layak dengan kadar faedah serendah tiga peratus.

Dalam satu kenyataan bersama, SME Corp dan MIDF berkata, SMERF yang permohonannya dibuka semalam dijangka membolehkan PKS menguruskan aliran tunai lebih baik dalam tempoh mencabar dan memastikan kesinambungan perniagaan.

“Kerjasama konsisten ini menyokong PKS sejak bermulanya wabak di mana peningkatan jumlah kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sekatan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga turut memberi kesan ketara kepada ekonomi dan rakyat,” katanya.

SMERF adalah skim pembiayaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang disalurkan kerajaan menerusi SME Corp dan dilaksanakan oleh MIDF.

Ia dibangunkan untuk membantu PKS yang berdaya maju tetapi dibatasi kesulitan kewangan dan tergolong dalam sektor kurang diberi perhatian.

SMERF dapat membantu PKS mengekalkan dan meningkatkan kebolehpasaran produk, kelestarian perniagaan serta penggunaan teknologi dan pemodenan.

SME Corp dan MIDF menjelaskan, dengan kaedah pembiayaan yang cepat dan fleksibel, produk itu dapat membantu memperkukuhkan perniagaan teras PKS, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata skim pembiayaan baharu itu akan mengurangkan isu aliran tunai yang dihadapi PKS yang berdaya maju dalam memulihkan dan mencapai matlamat perniagaan, memperkukuhkan perniagaan teras dan membina kapasiti serta kemampuan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF, Azizi Mustafa berkata, langkah kerajaan menerajui sokongan kepada PKS tepat khususnya dalam menyalurkan sebanyak mungkin bantuan ketika tempoh sukar ini.

“Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SME Corp kerana menawarkan SMERF. MIDF akan memainkan peranan dalam menyokong pemulihan ekonomi negara dan membantu PKS yang menjadi ‘jentera’ pertumbuhan,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: FEN: 5 Panduan Jika Perlukan Bantuan Pembayaran Balik

Tags: BantuanCOVID-19kewanganMalaysian Industrial Development Finance BhdMIDFPKSSME Corp
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Empat Syarikat Telco Dikompaun Oleh MCMC

Next Post

PruBSN Tawar Perlindungan Takaful Pelan Berkumpulan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA