Sebauh, 30 Julai 2021 – Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) BSN telah beroperasi di Sungai Asap, Belaga dan Sebauh, Bintulu bagi membantu urusan perbankan kepada lebih 36,000 ribu penduduk di sana.
CBB BSN ini merupakan kenderaan berkapasiti 3 tan yang telah diubah suai bagi menempatkan (1) unit ATM dan dua (2) kaunter pelanggan menggunakan terminal POS Ejen Bank (EB). Ia menawarkan perkhidmatan perbankan seperti transaksi pengeluaran wang tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM), pembukaan akaun dengan Kad Debit BSN VISA, simpanan tunai, pembayaran bil-bil utiliti, pembelian BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP), tambah nilai dan sebagainya. Selain itu, penduduk di Sungai Asap dan Sebauh juga boleh mendapatkan bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui CBB BSN.
Masyarakat di kedua-dua lokasi kini boleh melakukan transaksi perbankan dengan lebih mudah dan selesa antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada setiap hari Selasa di Dewan Masyarakat Sungai Asap dan hari Khamis di Waterfront Sebauh.
Melalui perkhidmatan CBB BSN ini diharapkan dapat memenuhi keperluan perbankan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak seiring dengan visi BSN iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’.
Pelanggan boleh melayari laman web BSN www.bsn.com.my atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CBB BSN atau produk-produk BSN yang lain.
BACA SETERUSNYA: Simpan & Labur 2021 Tambah Pengetahuan Mengenai Kewangan
Discussion about this post