EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Januari 31, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

90 Peratus Perniagaan F&B Berisiko Ditutup

by moneycompass
Ogos 2, 2021
in Berita Terkini
Kira-kira 90 peratus pengusaha perniagaan makanan dan minuman (F&B) berisiko untuk menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berterusan sehingga akhir tahun ini.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kira-kira 90 peratus pengusaha perniagaan makanan dan minuman (F&B) berisiko untuk menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berterusan sehingga akhir tahun ini.

Ketua Bahagian F&B Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, berkata kebanyakan peniaga F&B ketika ini hanya meneruskan operasi dengan aliran tunai yang tidak stabil.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP pada 2020 diikuti oleh beberapa siri PKP telah menjejaskan pendapatan serta simpanan peniaga.

Katanya, kebanyakan peniaga kini bergantung kepada simpanan dan pinjaman selain bantuan kewangan daripada kerajaan melalui beberapa pakej rangsangan.

“Namun jika berterusan, ia akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih parah, sekali gus memaksa peniaga F&B terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menutup perniagaan.

“Mereka tidak mempunyai pilihan lain. Malah, sudah banyak peniaga F&B ketika ini juga sudah menutup operasi mereka sepenuhnya atau sebahagiannya,” katanya selepas majlis perasmian penubuhan Bahagian F&B MRCA secara maya hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Chua berkata, jika sekatan pergerakan penuh berpanjangan dan negara masih tidak dapat beralih ke fasa ketiga atau keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan pantas, kerajaan perlu memberikan pelbagai bantuan kepada usahawan F&B selain meneliti semula kebenaran beroperasi kepada sektor penting dan tidak penting.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Presiden MRCA, Shirley Tay yang berkata hakikatnya adalah semua perniagaan adalah tergolong dalam kategori sektor penting.

“Adakah perniagaan khususnya F&B akan bertahan sehingga hujung tahun ini? Ketika ini juga kita tidak mampu bertahan sepenuhnya.

“Jika berlarutan ia akan memberi impak berganda kepada ekonomi negara. Kerajaan perlu meneliti perkara ini bagi mengurangkan tekanan kepada ekonomi.

“Malah, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan juga sentiasa dipatuhi oleh usahawan,” katanya.

Tay berkata, peralihan ke arah digital sedikit membantu peniaga F&B, namun jumlahnya tidak sebesar jika mereka dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, peniaga F&B terpaksa membayar yuran penggunaan yang tinggi sehingga 30 peratus kepada penyedia perkhidmatan penghantaran makanan.

Kos ini, katanya menjadi bebanan kepada ramai peniaga F&B, ditambah pula dengan jumlah pesanan yang sedikit berbanding tempoh sebelum pandemik.

“Bagaimana mereka ingin meneruskan perniagaan jika keadaan berlarutan seperti ini. Namun, kita tidak mempunyai pilihan kerana tidak banyak penyedia perkhidmatan penghantaran makanan ketika ini,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Satu Perempat Pusat Pengedaran Kereta Akan Ditamatkan

Tags: COVID-19F&Bpengusaha perniagaan makanan dan minumanPeniagaPKPPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ketidakstabilan Politik Boleh Jadi Punca Pelabur Pilih Pasaran Lain

Next Post

Simpan & Labur 2021 Beri Penghargaan Kepada Organisasi Yang Terlibat

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA