EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

BNM, Bank Indonesia Umum Perluasan Penyelesaian Mata Wang

by moneycompass
Ogos 2, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Bank Negara Malaysia dan Bank Indonesia mengumumkan perluasan rangka kerja penyelesaian mata wang untuk merangkumi pelaburan langsung, pendapatan dan pindahan, selain perdagangan, sebagai transaksi asas yang layak, berkuat kuasa mulai hari ini.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Bank Indonesia mengumumkan perluasan rangka kerja penyelesaian mata wang untuk merangkumi pelaburan langsung, pendapatan dan pindahan, selain perdagangan, sebagai transaksi asas yang layak, berkuat kuasa mulai hari ini.

“Rangka kerja ini juga memperluas pengguna yang layak seperti orang perseorangan dan dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel, misalnya keperluan dokumen yang lebih ringkas bagi memudahkan pelaksanaan rangka kerja ini,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah perluasan itu adalah sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Indonesia.

Melalui perluasan ini, BNM dan Bank Indonesia juga telah melantik beberapa lagi bank perdagangan yang berkelayakan di kedua-dua negara bagi menyokong pelaksanaan rangka kerja penyelesaian ringgit-rupiah yang diperluas ini.

Secara umumnya, bank-bank yang dilantik mempunyai pengalaman dalam memudahkan kegiatan perdagangan dan pelaburan langsung antara kedua-dua negara, mempunyai jumlah pelanggan yang besar dan telah mewujudkan hubungan perniagaan yang kukuh dengan bank-bank di negara rakan yang menjalinkan persefahaman ini, katanya.

Rangka kerja ini dilancarkan buat kali pertamanya pada 11 Disember 2017 selaras dengan Memorandum Persefahaman antara BNM dan Bank Indonesia yang ditandatangani pada 23 Disember 2016.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Bank Bergerak BSN Penuhi Keperluan Perbankan Masyarakat Pedalaman Sarawak

Tags: Bank IndonesiaBank Negara MalaysiaMata WangringgitRupiah
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Digi Business Bantu PKS Dengan Solusi Digital Bernilai Lebih RM150,000

Next Post

Harga Barang Di Luar Bandar Atasi Inflasi Di Bandar

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA