EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Februari 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Harga Barang Di Luar Bandar Atasi Inflasi Di Bandar

by moneycompass
Ogos 2, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barangan di luar bandar mengatasi kadar inflasi di bandar dan nasional untuk tempoh dua bulan berturut-turut bermula April...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barangan di luar bandar mengatasi kadar inflasi di bandar dan nasional untuk tempoh dua bulan berturut-turut bermula April lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM menerusi Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia – Siri 7/2021 yang diterbitkan baru-baru ini menjelaskan, inflasi Malaysia berada di bawah paras sifar pada Mac 2020 sehingga Januari 2021 berikutan kesan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, bermula Februari 2021, inflasi Malaysia melonjak dan berada di jajaran meningkat iaitu 0.1 peratus dan terus naik secara drastik kepada 1.7 peratus pada Mac 2021.

“Begitu juga bagi inflasi bandar dan luar bandar yang mana trend kedua-duanya adalah sama dengan kadar inflasi Malaysia.

“Inflasi di bandar sentiasa melebihi inflasi di luar bandar kecuali pada April dan Mei 2021, apabila inflasi luar bandar mula mengatasi inflasi di bandar,” katanya.

DOSM berkata, sepanjang tempoh Mei 2020 sehingga Mei 2021, terdapat jurang inflasi di antara bandar dan luar bandar, namun jurang itu semakin mengecil bermula akhir 2020 hingga tahun ini.

Katanya, ia dipacu oleh beberapa komponen dalam indeks harga pengguna terutama makanan dan minuman bukan alkohol dan pengangkutan.

“Kedua-dua kumpulan ini antara kumpulan utama dikaitkan dengan perubahan inflasi Malaysia yang menyumbang 44.1 peratus kepada wajaran inflasi negara.

“Inflasi di luar bandar meningkat dengan lebih laju pada akhir 2020 berbanding bulan-bulan sebelumnya. Ini menyebabkan jurang inflasi makanan dan minuman bukan alkohol antara bandar dan luar bandar telah mengecil,” katanya.

DOSM berkata, pada April 2021, inflasi makanan dan minuman bukan alkohol di Malaysia adalah 1.9 peratus, tertinggi sepanjang tempoh Mei 2020 sehingga Mei 2021.

Katanya, ini disebabkan cuaca yang tidak menentu dan kekurangan bekalan susulan kenaikan permintaan barangan makanan menjelang bulan puasa dan sambutan Aidilfitri.

“Namun, tidak seperti bulan sebelumnya, kadar inflasi 2 peratus bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol di luar bandar pada April 2021 melepasi inflasi di bandar pada 1.9 peratus.

“Ini dipacu oleh subkumpulan beras, roti dan bijirin lain (0.7 peratus) serta ikan dan makanan laut (4 peratus),” katanya.

DOSM menambah, trend inflasi pengangkutan dilihat hampir sama dengan inflasi keseluruhan.

Ia berkata, terdapat jurang inflasi di antara bandar dan luar bandar bagi tempoh Mei 2020 sehingga Mei 2021.

Namun, katanya, bermula November 2020, jurang itu semakin mengecil sehingga ke Mac 2021 dan kembali melebar pada April 2021.

“Pada Mac 2021, inflasi pengangkutan di luar bandar melepasi inflasi di bandar yang mana keadaan ini adalah berbeza berbanding bulan-bulan sebelumnya dan berlarutan sehingga Mei 2021.

“Faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini adalah kenaikan yang lebih pantas inflasi di luar bandar berbanding di bandar bagi subkumpulan pembelian kenderaan dan pengurusan alat pengangkutan persendirian,” katanya.

 

BACA SETERUSNYA: Inflasi Meningkat Susulan Kenaikan Harga Pengguna

Tags: inflasi
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

BNM, Bank Indonesia Umum Perluasan Penyelesaian Mata Wang

Next Post

Satu Perempat Pusat Pengedaran Kereta Akan Ditamatkan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA