EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Ketidakstabilan Politik Boleh Jadi Punca Pelabur Pilih Pasaran Lain

by moneycompass
Ogos 2, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Ketidakstabilan politik dan ketidakpastian dasar berpotensi menjadi faktor utama mendorong pelabur memilih pasaran lain berbanding Malaysia, demikian menurut pengurus portfolio pelaburan, FSMOne Malaysia.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Ketidakstabilan politik dan ketidakpastian dasar berpotensi menjadi faktor utama mendorong pelabur memilih pasaran lain berbanding Malaysia, demikian menurut pengurus portfolio pelaburan, FSMOne Malaysia.

Pengurus Besarnya, Wong Weiyi, berkata pihaknya melihat situasi politik di Malaysia berkemungkinan menjadi lebih tidak stabil sehingga mendorong pelabur tempatan serta asing beralih ke pasaran lain yang lebih kukuh.

Dalam masa sama, beliau berkata, kelemahan ringgit ketika ini juga turut berkait rapat dengan krisis politik negara selain pandemik COVID-19.

“Bagi pelabur yang tidak mahu mengambil risiko, mereka bakal beralih mencari pasaran lain yang lebih kukuh dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

“Ini kerana, ringgit lebih lemah berbanding dengan mata wang lain. Beberapa pasaran utama dunia juga sudah membuka ekonomi negara dengan lebih pantas.

“Malah, dasar monetari mereka juga sudah dapat dinormalkan lebih cepat. Oleh itu, pendedahan kepada mata wang lain akan menguntungkan portfolio pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan produk perkhidmatan terbaharu untuk melabur dalam pasaran sekuriti AS dan Hong Kong dengan lebih mudah.

Weiyi berkata, pelabur berkemungkinan dapat mencari lebih banyak peluang dalam pasaran AS dan Hong Kong kerana pemulihan ekonomi dijangka berlaku lebih pantas dengan kadar vaksinasi lebih tinggi serta memiliki lebih banyak fleksibiliti untuk meningkatkan rangsangan fiskal.

Justeru, tegasnya, pelabur tempatan yang sudah mempunyai pendedahan yang signifikan terhadap ringgit akan mempelbagaikan portfolion di luar negara.

Pandemik COVID-19 juga, katanya, mengubah rakyat Malaysia untuk mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan terutama melalui pelaburan secara digital.

“Dalam tempoh 18 bulan terakhir ini, kami juga melihat peningkatan pelaburan melalui platform digital.

“Peningkatan literasi kewangan semasa pandemik serta pelabur mempelbagaikan pendapatan pelaburan mereka menjadi salah satu faktor utama peningkatan pelaburan melalui platform kami.

“Pendaftaran akaun Central Depositary System (CDS) menyaksikan lonjakan sebanyak 125 peratus pada 2020, sekali gus menuntut pihak industri untuk beralih kepada penggunaan digital sepenuhnya,” katanya.

Mengenai platform pelaburan baharunya itu, Weiyi berkata pihaknya menyasarkan dapat menarik 30,000 pelabur baharu tahun ini bagi tujuan berdagang saham asing.

FSMOne juga akan mengenakan yuran pembrokeran yang terendah di pasaran kepada pelabur runcit pada kadar 0.08 peratus.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Malaysia Masih Destinasi Pilihan Untuk Pelaburan

Tags: COVID-19pelaburanpolitik
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ramai Jual Hartanah Supaya Aliran Tunai Terjaga, Lancar

Next Post

90 Peratus Perniagaan F&B Berisiko Ditutup

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA