EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Ramai Jual Hartanah Supaya Aliran Tunai Terjaga, Lancar

by moneycompass
Ogos 2, 2021
in Berita Terkini
KUALA LUMPUR - Semakin ramai pemilik rumah menjual hartanah mereka bagi memastikan aliran tunai terus terjaga dan lancar ketika pandemik COVID-19.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Semakin ramai pemilik rumah menjual hartanah mereka bagi memastikan aliran tunai terus terjaga dan lancar ketika pandemik COVID-19.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata peningkatan bekalan hartanah di Malaysia pada suku kedua 2021 besar kemungkinan disebabkan oleh pertambahan jumlah kediaman untuk dijual di pasaran sekunder.

Katanya, trend peningkatan penawaran hartanah itu juga boleh dilihat di empat wilayah utama yang termasuk dalam liputan Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor yang masing-masing menyaksikan kenaikan YoY sebanyak 16.91 peratus, 48.95 peratus, 40.32 peratus dan 17.47 peratus.

“Wabak ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pendapatan sama ada disebabkan oleh pemotongan gaji, pengurangan hari bekerja dan gaji, atau pemberhentian kerja.

“Walaupun pengenalan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan menawarkan sedikit kelegaan kepada sebahagian orang, mereka yang kekurangan wang masih membuat keputusan untuk menjual hartanah mereka.

“Oleh itu, kita mungkin boleh melihat lebih banyak bekalan kediaman memasuki pasaran sekunder, kesan daripada mereka yang ingin melepaskan pelaburan hartanah bagi meringankan beban kewangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan terkini MPMI dikeluarkan PropertyGuru, keseluruhan bekalan hartanah di pasaran meningkat 34.53 peratus tahun-ke-tahun dan 11.94 peratus suku-ke-suku pada suku kedua 2021.

Data berkenaan yang dikesan berdasarkan penyenaraian meluas di PropertyGuru, mencatatkan jumlah peningkatan bekalan tahunan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Sheldon berkata, jumlah bekalan hartanah dari pasaran utama boleh terjejas pada suku tahun seterusnya, disebabkan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara pada Jun lalu, yang mengganggu operasi sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

“Data Pusat Maklumat Harta Tanah Nasional (NAPIC) mendedahkan bahawa jumlah unit kediaman baru dilancarkan turun mendadak daripada 14,865 unit pada suku keempat 2020 kepada 5,919 unit pada suku pertama 2021.

“Kami menjangkakan penstabilan harga permintaan akan kekal pada kadar terendah ketika ini, sebelum berlaku peningkatan bertahap seiring dengan perkembangan program vaksinasi kebangsaan serta penurunan jumlah jangkitan baharu,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Harga Rumah Meningkat 3.0 Peratus Tahun Depan

Tags: aliran tunaiCOVID-19Hartanahkewanganrumah
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Satu Perempat Pusat Pengedaran Kereta Akan Ditamatkan

Next Post

Ketidakstabilan Politik Boleh Jadi Punca Pelabur Pilih Pasaran Lain

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA