Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 – Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi jenama Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), BSN Care, meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menyampaikan wang sumbangan dan duit belanja dengan jumlah keseluruhan lebih RM90,000 kepada rumah anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf terpilih di seluruh negara.
“Program CSR terutamanya bersama komuniti sememangnya dekat dengan kami di BSN. Oleh itu, dari semasa ke semasa, kami terus melaksanakan program-program bantuan seperti ini bagi membantu mereka yang memerlukan seperti golongan anak-anak yatim, OKU dan asnaf yang turut terkesan akibat COVID-19.
Selain wang sumbangan, kami turut menyampaikan duit belanja berjumlah RM50 seorang kepada 1,300 penerima. Diharapkan melalui bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan membawa keceriaan kepada mereka” kata Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN.
Pelaksanaan program ini adalah di bawah salah satu teras dalam BSN Care iaitu ‘Komuniti’ yang menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana kehidupan yang mapan dan impak sosial.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti serta program BSN Care, sila layari laman sesawang BSN www.bsn.com.my.
BACA SETERUSNYA: Bank Bergerak BSN Penuhi Keperluan Perbankan Masyarakat Pedalaman Sarawak
Discussion about this post