EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PMKS Rugi RM40.7 Bilion Kerana PKP

by moneycompass
Ogos 3, 2021
in Berita Terkini
KUALA LUMPUR - Kerugian RM40.7 bilion yang ditanggung sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pada tahun lalu berikutan pelaksanaan Kawalan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kerugian RM40.7 bilion yang ditanggung sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pada tahun lalu berikutan pelaksanaan Kawalan Pergerakan yang ketat di seluruh negara bagi memerangi isu COVID-19 adalah kerugian terbesar yang pernah dialami sektor itu, setakat ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia menjadi petunjuk kukuh bahawa usahawan terjejas kerana tidak dapat menjalankan perniagaan.

Berdasarkan 1.15 juta PMKS yang berdaftar di seluruh negara pada masa ini, kerugian itu bermakna, setiap syarikat PMKS menanggung penurunan purata pendapatan berjumlah RM35,000 pada 2020, katanya dalam satu kenyataan.

Keadaan itu akan turut memberi kesan kepada aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) PMKS dan nilai eksport, masing-masing kepada 50 dan 30 peratus pada 2030 di bawah Dasar Keusahawanan Nasional.

“Kawalan Pergerakan tidak lagi jawapan kepada masalah ini. Kita perlu menerima hakikat untuk menjalani kehidupan dalam keadaan COVID-19 dan mencari penyelesaian seimbang dalam hal ini.

“Ini adalah faktor mengapa kementerian saya telah mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan agar kita boleh segera membuka semula aktiviti ekonomi, khususnya bagi kategori bukan perlu,” katanya.

Berdasarkan angka terkini daripada Jabatan Perangkaan, sumbangan KDNK sektor PMKS merosot lebih 7.0 peratus tahun ke tahun kepada RM512.8 bilion tahun lalu berbanding RM553.5 bilion pada 2019, sesuatu yang janggal kerana pertumbuhan PMKS sentiasa lebih tinggi berbanding sektor bukan PMKS sejak 15 tahun lalu.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada Selasa telah mengemukakan kepada kerajaan cadangan SOP yang diperketatkan untuk membantu mempercepat pembukaan perniagaan secara selamat, terutama bagi kategori pertama ditutup, terakhir dibuka.

Menurut kementerian berkenaan, SOP diperketatkan itu menyarankan tumpuan kepada enam aktiviti ekonomi iaitu makanan dan minuman (makan dalam premis), pusat beli-belah, kedai jam, perkhidmatan perawatan kaki dan rias kuku (perkhidmatan dandanan), kedai solek/salun kecantikan dan kedai gunting rambut/salun rambut.

MEDAC berkata, hampir separuh daripada aktiviti perniagaan yang dikenal pasti itu dimiliki usahawan wanita iaitu antara golongan paling terjejas akibat Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Ramai Jual Hartanah Supaya Aliran Tunai Terjaga, Lancar

Tags: Kecil dan SederhanaMEDACPerusahaan MikroPKPPMKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tahap Kewangan Pengguna Terjejas Teruk Akibat Pandemik

Next Post

Warga Emas Terima Vaksin Secara Terus Mulai Minggu Depan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA