EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Industri Perkayuan Akan Rugi RM60 Juta Sehari

by moneycompass
Ogos 4, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menganggarkan sektor perkayuan akan mencatatkan kerugian sekitar RM60 juta sehari...
Share on FacebookShare on WhatsApp

BANTING – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menganggarkan sektor perkayuan akan mencatatkan kerugian sekitar RM60 juta sehari kerana tidak dapat beroperasi selama dua bulan susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kerugian tersebut hanya anggaran kasar, ia tidak termasuk kontrak yang hilang akibat tidak dapat membekalkan komoditi itu kepada pelanggan.

“Semuanya terganggu disebabkan PPN yang sedang berlangsung sekarang, ia bertujuan memastikan rakyat tidak berhadapan dengan jangkitan COVID-19 yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) di OIak Lempit dekat sini di bawah Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi (VACOMS).

Mengulas mengenai program VACOMS, Mohd Khairuddin berkata seramai 10,000 pekerja industri perkayuan dan perabot yang berada di sekitar Selangor akan diberi suntikan vaksin di PPV berkenaan, sebahagian besarnya adalah dalam kalangan warga asing.

“Kementerian berharap dengan kejayaan vaksinasi dua dos untuk sektor perkayuan ini, sektor perkayuan boleh beroperasi lebih cepat demi kelangsungan hasil negara. Sektor perladangan mempunyai kira-kira 80,000 pekerja warga asing.

Mohd Khairuddin berkata bagi syarikat yang berada di bawah sektor agrikomoditi, permohonan menyertai program VACOMS boleh dibuat melalui KPPK sekiranya syarikat mempunyai jumlah pekerja sekurang-kurangnya 1,000 orang atau bergabung dengan syarikat lain bagi mencukupkan bilangan tersebut.

Untuk program tersebut, beliau berkata MTC telah memberi subsidi sebanyak RM30 untuk setiap pekerja dan kakitangan industri terlibat.

“Kami berikan vaksin Sinovac percuma daripada kerajaan, cuma syarikat perlu membayar kos pengurusan iaitu kira-kira RM70 sahaja. Kementerian berharap program ini akan turut diikuti di tempat lain yang berasaskan perkayuan seperti di Muar, Johor, ia akan menyusul dan ini sebagai permulaan ke arah menjayakan program vaksinasi bersama dengan warga industri,” katanya.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Industri Kayu Rugi RM3 Bilion Sepanjang Jun

Tags: IndustrikayuKementerian Perusahaaan Perladangan dan KomoditiKPPK
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Semakin Ramai Siswazah Menganggur

Next Post

Malaysia Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi Hari Ini

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA