KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan kes harian yang tertinggi dengan 19,819 kes dilaporkan hari ini.
Terdapat lima negeri dan wilayah yang menunjukkan kes empat angka iaitu Selangor (8,377 kes), Kuala Lumpur (2,467 kes), Kedah (1,371 kes), Johor (1,162 kes) dan Kelantan (1,003 kes).
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 1,183,110 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Pada 14 Julai yang lalu, Noor Hisham mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jangkitan ke baharu Covid-19 akan meningkat dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang.
Beliau berkata, antara faktor peningkatan kes juga adalah disebabkan varian Delta yang lebih cepat merebak ketika ini dan Delta menjadi domina.
Katanya, varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus Covid-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.
BACA SETERUSNYA: Jangkitan COVID-19 Dijangka Meningkat Untuk Dua Minggu
Discussion about this post