EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Semakin Ramai Siswazah Menganggur

by moneycompass
Ogos 4, 2021
in Berita Terkini
PUTRAJAYA - Persekitaran ekonomi kurang memberangsangkan pada 2020 dan kesannya kepada kedudukan pasaran buruh menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang, atau 37,200 orang kepada 202,400 orang.
Share on FacebookShare on WhatsApp

PUTRAJAYA – Persekitaran ekonomi kurang memberangsangkan pada 2020 dan kesannya kepada kedudukan pasaran buruh menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang, atau 37,200 orang kepada 202,400 orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertambahan itu dilihat bagi kedua-dua pemegang Ijazah iaitu seramai 22,400 orang dan manakala pemegang Diploma seramai 14,800 orang yang sebahagian besarnya dalam kalangan siswazah berumur lebih 35 tahun.

“Justeru, kadar pengangguran siswazah pada 2020 naik sebanyak 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun sebelumnya.

“Selain itu, lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja, yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang daripada tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata, dalam kalangan 4.35 juta siswazah bekerja pada 2020, lebih daripada dua pertiga atau 68.8 peratus bekerja dalam kategori pekerjaan mahir, namun bilangannya berkurang sebanyak 0.8 peratus berbanding 2019.

“Pengurangan dilihat dalam kategori pekerjaan profesional serta juruteknik dan professional bersekutu. Sementara itu, kategori separuh mahir merekodkan peningkatan 19.3 peratus, terutama dalam kategori pekerja perkhidmatan dan jualan; dan operator loji dan mesin serta pemasang.

“Sehubungan itu, komposisi siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir meningkat kepada 28.9 peratus berbanding 25.6 peratus pada tahun sebelumnya. Manakala, sebanyak 2.3 peratus siswazah bekerja adalah dalam kategori pekerjaan berkemahiran rendah,” katanya.

Mengenai siswazah bekerja mengikut kemahiran, Mohd Uzir berkata, satu lagi dimensi untuk dinilai bagi siswazah dalam pasaran buruh adalah mereka yang bekerja tetapi tidak dapat digunakan sepenuhnya, atau lebih dikenali sebagai guna tenaga tidak penuh.

Mengulas berkenaan gaji dan upah yang diterima oleh siswazah pada 2020, beliau berkata, purata bagi pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf turun 10.6 peratus berbanding 2019 kepada RM4,489 berbanding RM5,020 pada tahun sebelumnya

“Pemegang ijazah menerima purata gaji dan upah sebanyak RM5,471 sebulan pada 2020, berkurang 9.1 peratus berbanding 2019 manakala pemegang Diploma menerima purata sebanyak RM3,311, menyusut 11.5 peratus pada tempoh yang sama.

“Dapat dilihat bahawa kategori mahir merekodkan pengurangan terbesar sebanyak lapan peratus kepada RM5,316 sementara kategori separuh mahir menerima RM2,418, jatuh sebanyak 2.7 peratus berbanding 2019,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: PMKS Rugi RM40.7 Bilion Kerana PKP

Tags: Pekerjaanpengangguransiswazah
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Momentum Pemulihan Ekonomi Malaysia Berdepan Cabaran

Next Post

Industri Perkayuan Akan Rugi RM60 Juta Sehari

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA