EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Industri Perhotelan Rugi RM11.5 Bilion Sejak 2020

by moneycompass
Ogos 5, 2021
in Berita Terkini
Industri perhotelan di negara ini dianggar kehilangan pendapatan melangkaui RM11.5 bilion sejak tahun lalu, selain kehilangan pendapatan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Industri perhotelan di negara ini dianggar kehilangan pendapatan melangkaui RM11.5 bilion sejak tahun lalu, selain kehilangan pendapatan RM300 juta bagi setiap dua minggu perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Bukan itu sahaja, sejumlah 120 hotel di seluruh negara terpaksa menutup perniagaan sementara atau sepenuhnya kerana kesan penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng, berkata industri perhotelan kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya RM6.5 bilion sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, bagi separuh pertama tahun ini pula, dianggarkan industri kehilangan pendapatan sebanyak RM300 juta setiap dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekurang-kurangnya RM5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Beliau berkata, PKP dan larangan rentas negeri berpanjangan menyebabkan hotel ketiadaan pelanggan selain turut kehilangan punca pendapatan daripada restoran, penganjuran majlis, konvensyen, mesyuarat serta lain-lain.

“Setiap kali PKP diumumkan, hotel menerima pembatalan tempahan dan juga tidak dapat tempahan awal disebabkan keadaan yang tidak menentu.

“Industri perhotelan mengalami masalah aliran tunai disebabkan kehilangan pendapatan.

“Kebanyakan hotel masih berusaha untuk kekal beroperasi dengan pekerja sedia ada, namun tidak berkemampuan untuk menanggung kos operasi termasuk sumber manusia.

“Pinjaman ditawarkan juga ditetapkan dengan syarat-syarat bank komersial yang gagal dipenuhi.

“Tawaran bank sekarang dengan kadar faedah tinggi menyebabkan pinjaman lebih tinggi untuk hotel dan pekerja industri ini,” katanya.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Industri Perhotelan Rugi RM5 Bilion Akibat Pandemik

Tags: COVID-19IndustriPerhotelanPKP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Purata Gaji, Upah Turun 9 Peratus Selepas Perlaksanaan PKP

Next Post

Malaysia Kekal Sebagai Hab Halal Global Terkemuka

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA