EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia Kekal Sebagai Hab Halal Global Terkemuka

by moneycompass
Ogos 5, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Malaysia terus menerajui Indikator Ekonomi Islam Global (GIEI) bagi tahun ketujuh berturut-turut, dipacu oleh ekosistem ekonomi halal...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menerajui Indikator Ekonomi Islam Global (GIEI) bagi tahun ketujuh berturut-turut, dipacu oleh ekosistem ekonomi halal yang pesat susulan negara memberi pengaruh yang besar dalam sektor kewangan Islam dan makanan halal.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Mahmud Abbas, berkata Malaysia mengesahkan kedudukannya sebagai hab halal global terkemuka pada 2020 dengan merekodkan nilai eksport tahunan RM31 bilion bagi produk halal.

Pada masa sama, negara ini juga menarik pelaburan bernilai RM0.6 bilion ke Taman Halal Malaysia.

“Setakat ini, sebanyak 28,000 pekerjaan diwujudkan menerusi usaha ini. Malaysia mempunyai 6,727 syarikat yang mempunyai persijilan halal, dan daripada jumlah itu 1,507 adalah pengeksport dan lebih 1,300 adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Forum Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)-HDC 2021 bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Melalui Pasaran Modal Islam’ yang diadakan secara maya pada Khamis.

Mahmud berkata, Malaysia juga mempunyai 1.3 juta perniagaan dan daripada jumlah itu 90 peratus dikategorikan sebagai PKS, termasuk 200,000 yang menjalankan perniagaan berkaitan halal.

Katanya, sememangnya terdapat potensi yang amat besar untuk industri halal berkembang lebih jauh.

“Pasaran Asia Timur Laut seperti Jepun, China dan Korea Selatan juga menyertai industri ini dan membuka pasaran mereka untuk modal Islam dan pelancongan mesra Muslim,” katanya.

Mahmud berkata, sekatan pergerakan di seluruh dunia menimbulkan persoalan mengenai keperluan sara diri produk penting tertentu yang meliputi farmaseutikal, peralatan perubatan dan makanan.

Beliau berkata, bagi industri makanan halal sahaja, ia bernilai AS$1.6 trilion, manakala industri kosmetik dan farmaseutikal halal masing-masing bernilai AS$39 bilion dan AS$97 bilion.

Menjelang 2030, sektor makanan dan minuman halal global diunjurkan bernilai AS$2.1 trilion.

“Justeru, wujud peluang dalam industri halal ini yang bukan hanya dari segi perniagaan malah lebih penting kemampuan untuk memenuhi kecukupan negara,” katanya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Malaysia Masih Destinasi Pilihan Untuk Pelaburan

Tags: Ekonomi
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Industri Perhotelan Rugi RM11.5 Bilion Sejak 2020

Next Post

Tahap Kewangan Pengguna di Malaysia Semakin Merosot

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA