EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Menangi Hadiah Bernilai RM2 Juta Dengan Akaun Zest-i

by moneycompass
Ogos 5, 2021
in Berita Terkini
Maybank Islamic Bhd menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Zest-i melalui platform Maybank2U.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Maybank Islamic Bhd menawarkan hadiah bernilai RM2 juta kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Zest-i melalui platform Maybank2U.

Menurut kumpulan perbankan itu, akaun pelaburan Zest-i Maybank Islamic mempunyai ciri istimewa cabutan hadiah sepanjang tahun dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik dengan nilai keseluruhan hampir RM2 juta.

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, akaun pelaburan yang juga pertama seumpamanya ditawarkan dalam Kumpulan Maybank itu bertujuan untuk memberikan manfaat yang lebih baik dan nilai unik kepada pelanggan.

“Bersesuaian dengan keadaan semasa, penyelesaian digital ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuka akaun pelaburan Zest-i dari mana sahaja, selain menjimatkan masa, lebih selamat dan mesra alam.

“Proses pembukaan akaun Zest-i melalui Maybank2u ini lebih mudah, pantas dan lancar selaras dengan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan dengan menjadikan kemudahan perbankan dapat diakses oleh semua pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan menambah, Maybank Islamic terus komited dalam menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan perbankan kepada pelanggan seiring dengan perkembangan digital dan bagi

mengurangkan interaksi bersemuka di seluruh kaunter cawangan Maybank berikutan penularan COVID-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

“Akaun Zest-i terbuka untuk semua pelanggan baharu dan sedia ada Maybank Islamic termasuk pemegang Akaun Individu, Akaun Bersama dan Akaun Amanah.

“Akaun Zest-i ini juga layak dipohon oleh warga asing yang mempunyai pas bekerja atau pelajar yang sah,” katanya.

Tahun ini, Maybank Islamic menawarkan hadiah yang menarik sepanjang tahun kepada pelanggan yang bertuah, antaranya adalah MacBook Air, iPhone 12, Proton X50, wang tunai, pelaburan emas 10 gram dan 30 gram serta hadiah utama berupa pelaburan emas bernilai 1 kilogram melalui Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i).

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuka akaun pelaburan Zest-i secara dalam talian dengan nilai minimum sebanyak RM50.

Pelaburan seterusnya adalah minimum RM200 untuk kelayakan mereka memenangi hadiah bulanan, RM300 untuk hadiah suku tahunan dan RM400 untuk hadiah setengah tahun serta RM500 untuk cabutan hadiah utama.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman www.maybank2u.com.my/zesti.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Bank Bergerak BSN Penuhi Keperluan Perbankan Masyarakat Pedalaman Sarawak

Tags: IslamicMaybank
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Malaysia Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi Hari Ini

Next Post

Purata Gaji, Upah Turun 9 Peratus Selepas Perlaksanaan PKP

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA