EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Mei 20, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Purata Gaji, Upah Turun 9 Peratus Selepas Perlaksanaan PKP

by moneycompass
Ogos 5, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Langkah kerajaan membendung pandemik COVID-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi implikasi negatif kepada paras gaji dan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membendung pandemik COVID-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi implikasi negatif kepada paras gaji dan upah di Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata purata gaji dan upah bulanan yang diterima oleh pekerja di Malaysia merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus kepada RM2,933 berbanding RM3,224.

Beliau berkata, angka itu berdasarkan kepada penurunan yang dicatatkan oleh semua negeri pada 2020 dengan Johor mencatatkan penyusutan tertinggi sebanyak 13 peratus, Terengganu (-12.4 peratus), Kuala Lumpur (-12.3 peratus), Labuan (-11.5 peratus), Sarawak (-11 peratus) dan Selangor (-10.6 peratus).

Bagaimanapun, katanya, di sebalik penurunan itu, masih terdapat beberapa negeri mencatatkan purata gaji dan upah yang lebih tinggi berbanding paras purata nasional.

Katanya, Putrajaya adalah negeri yang merekodkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi pada RM4,497 diikuti Kuala Lumpur (RM3,823), Selangor (RM3,480), Negeri Sembilan (RM3,013) dan Labuan (RM2,942).

“Implikasi itu turut memberi kesan kepada purata gaji dan upah bulanan bagi siswazah bekerja, yang menyaksikan penurunan 10.6 peratus.

“Lima negeri merekodkan kejatuhan lebih ketara bagi konteks gaji dan upah bulanan siswazah iaitu Sabah (-19.1 peratus), Kuala Lumpur (-14.4 peratus), Sarawak (-13.1 peratus), Terengganu (-11.8 peratus) dan Selangor (-11.2 peratus).

“Walaupun Kuala Lumpur mencatatkan penurunan, tetapi ia masih menjadi negeri yang memberikan purata gaji dan upah siswazah bulanan tertinggi pada RM5,443 diikuti Putrajaya (RM5,365) sebulan, Selangor (RM4,772) dan Negeri Sembilan (RM4,496).

“Manakala, purata lebih rendah direkodkan di Sabah (RM3,900) dan Kedah (RM3,729),” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Laporan Sosioekonomi Negeri 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Laporan Sosioekonomi adalah penerbitan komprehensif dan eksklusif bagi 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan dengan mengintegrasikan statistik ekonomi dan sosial demografi.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, peningkatan kadar pengangguran juga dipengaruhi pelaksanaan pemberhentian pekerja oleh organisasi perniagaan yang terjejas bagi mengekalkan kelangsungan pengoperasian.

Beliau berkata, kadar pengangguran negara meningkat kepada 4.5 peratus pada 2020, iaitu tertinggi dicatatkan setelah hampir tiga dekad.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, penyusutan purata gaji dan upah bulanan serta kadar pengangguran juga berkait dengan kejatuhan industri seperti pelancongan.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai fasa PKP yang turut membataskan aktiviti rentas negeri serta penutupan sempadan antarabangsa merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, katanya, industri berasaskan pelancongan adalah yang paling jelas menerima impak daripada pelaksanaan PKP ini seperti aktiviti perhotelan, makanan dan minuman dan pengangkutan.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: PMKS Rugi RM40.7 Bilion Kerana PKP

Tags: COVID-19EkonomigajiPKPupah
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Menangi Hadiah Bernilai RM2 Juta Dengan Akaun Zest-i

Next Post

Industri Perhotelan Rugi RM11.5 Bilion Sejak 2020

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

13 Mei 2022
Berita Pasaran Tempatan

MoneyMatch Mengumumkan Kemenangan Perbankan Digital dan Pelan Pengumpulan Dana

09 Mei 2022
Global Oil & Gas Automation Market to See Positive Growth with Digitalization and New Disruptive Technologies
Berita Pasaran Tempatan

Industri OGSE bersedia untuk berkembang dengan 15 inisiatif baharu tahun ini

26 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA