EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Jun 11, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Bursa Malaysia Hilang Dana, Ekonomi Dijangka Kekal “Suram”

by moneycompass
Ogos 6, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Bursa Malaysia kehilangan dana akibat “dasar-dasar buruk” dan ketegangan politik, kata seorang ahli ekonomi.
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Bursa Malaysia kehilangan dana akibat “dasar-dasar buruk” dan ketegangan politik, kata seorang ahli ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, prospek ekonomi mungkin kekal suram buat seketika.

Menurut MIDF Research, institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih dengan masing-masing mendapat RM3.43 bilion dan RM5.54 bilion. Katanya, ekuiti tempatan banyak disokong oleh pelabur runcit sejak awal tahun ini.

Ferlito berkata, pembuatan “dasar yang buruk” ditambah dengan ketegangan politik mendorong para pelabur mencari peluang di tempat lain.

“Bukan misteri lagi, ini bukan waktu yang baik buat Malaysia dari segi ekonomi, sosial dan politik,” katanya.

“Strategi anti-Covid-19 silap sejak mula dan walaupun hasil yang dicapai tidak bagus setakat ini, tiada tanda tanda-tanda kerajaan sedang mencari pendekatan lain.

“Selain kurangnya keyakinan dalam pasaran, penarikan diri ini menjadi tanda bahawa para pelabur, baik tempatan mahupun asing, menjangkakan situasi semasa akan kekal lebih lama.”

Katanya, situasi itu diperburuk oleh langkah “tidak mesra perniagaan” dengan menutup perniagaan untuk tempoh yang lama.

Ini pasti “membunuh hatta perniagaan yang paling berdaya maju di negara ini”, tambahnya.

Seorang lagi ahli ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, meramalkan pasaran Malaysia akan kekal suram sepanjang tahun ini.

“Ramai penganalisis, termasuk agensi penarafan, mengunjurkan ekonomi hanya akan tumbuh, paling hebat, antara 2% hingga 4% tahun ini, dan mungkin akan bertambah buruk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pasaran saham sepatutnya mendahului kitaran ekonomi sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun, tetapi kini terganggu oleh ketidaktentuan yang menyebabkan para pelabur mengambil kedudukan selamat dan menunggu waktu yang tepat untuk memasuki pasaran.

Namun katanya, ini seharusnya tidak menimbulkan kebimbangan kerana pasaran akan pulih sama ada cepat atau lambat.

“Pelabur asing seperti kawanan burung yang hanya mencari peluang lebih baik. Sekarang ini, kita adalah pasaran kedua terburuk di rantau ini. Tak masuk akal bagi mereka untuk singgah.

“Para pelabur tahu bahawa pasaran pasti pulih setelah ada lebih kepastian, terutamanya berkenaan kemelut politik, program vaksinasi dan pembukaan ekonomi.”

Katanya, semakin jatuh pasaran, ia akan menjadi semakin menarik buat pelabur institusi dan asing.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Ketidakstabilan Politik Boleh Jadi Punca Pelabur Pilih Pasaran Lain

Tags: Bursa MalaysiaEkonomiPasaranSaham
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kadar Vaksinasi Rendah Punca Pasaran ASEAN Terjejas Teruk

Next Post

Iran Ingin Bekerjasama Dengan Malaysia Dalam Industri Halal

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA