EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kadar Vaksinasi Rendah Punca Pasaran ASEAN Terjejas Teruk

by moneycompass
Ogos 6, 2021
in Berita Pasaran Global
Kombinasi lonjakan varian Delta dan kadar vaksinasi rendah menjadikan Asia Tenggara sebagai titik panas virus yang menyebabkan pasaran...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kombinasi lonjakan varian Delta dan kadar vaksinasi rendah menjadikan Asia Tenggara sebagai titik panas virus yang menyebabkan pasaran kewangannya mula merasai beban.

Pasaran saham menjunam apabila kematian di rantau ini meningkat, dengan penanda aras di Filipina dan Vietnam menerajui penurunan global sejak sebulan lalu.

Del Monte Philippines menangguhkan tawaran awam permulaan (IPO) bulan ini, memetik ketidaktentuan pasaran berpunca peningkatan kes dan beberapa analisis mengunjurkan kerugian lebih besar mata wang Asia Tenggara yang ketinggalan berbanding rantau Asia pada suku ini, dengan baht berada pada paras paling rendah sejak 2018.

Bagi pelabur, sasaran utama sebelum meninjau kepada pemulihan adalah kadar vaksinasi rendah, dengan banyak negara di rantau ini masih belum keluar daripada satu angka peratusan penduduk yang sudah diinokulasi sepenuhnya.

Ia menyebabkan pembukaan semula ekonomi tertangguh dan sekatan pergerakan dikenakan kembali, seperti Indonesia yang baru-baru ini membatalkan sasaran mencapai imununiti kelompok.

“Pasaran ASEAN berdepan kejatuhan kerana ia belum mencapai 70 peratus vaksinasi yang diperlukan untuk memperlahankan jangkitan COVID-19,” kata pengurus portfolio kanan di Samsung Asset Management (HK) Ltd, Alan Richardson.

“Vaksinasi besar-besaran adalah satu-satunya jalan untuk kembali kepada pembukaan semula yang mampan memandangkan virus ini adalah endemik.”

Saham ASEAN mencatatkan prestasi buruk walaupun dalam kalangan pasaran Asia yang ketinggalan berbanding pasaran global.

MSCI Asean Index jatuh lebih daripada lima peratus tahun ini, berbanding kenaikan kira-kira satu peratus penanda aras serantau, MSCI Asia Pacific Index.

Penanda aras global, MSCI AC World Index sebaliknya menokok 13 peratus.

Bon berdaulat dari Thailand, Filipina dan Malaysia semuanya terjejas, dengan jumlah pulangan indeks susut kira-kira satu peratus dalam dolar sejak akhir Jun.

Pelabur bimbang kerajaan rantau ini akan menanggung lebih banyak hutang untuk membendung penularan terkini dan menyediakan bantuan kepada peniagaan serta individu terkesan.

Dalam pasaran mata wang pula, ringgit dan peso masing-masing merosot hampir dua peratus dan tiga peratus berbanding dolar pada suku ini, manakala baht adalah antara mata wang berprestasi terburuk di dunia selepas jatuh hampir empat peratus.

“Berikutan jurang output besar yang dijangka berlaku dalam kalangan ekonomi ASEAN, kami menjangkakan penurunan selanjutnya mata wang ini dalam beberapa bulan akan datang,” kata penganalisis HSBC Holdings Plc, termasuk Paul Mackel dalam satu nota baru-baru ini.

 

–BLOOMBERG

BACA SETERUSNYA: Ekonomi Asia Pasifik Terjejas Akibat Jangkitan COVID-19

Tags: ASEANkewanganPasaranSahamVaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

e-Rupi, Sistem Pembayaran Digital India, Dilancarkan

Next Post

Bursa Malaysia Hilang Dana, Ekonomi Dijangka Kekal “Suram”

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA