EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Ogos 7, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Perbezaan Laporan Kredit CCRIS dan CTOS

by moneycompass
Ogos 6, 2021
in Kompas, Kompas Kewangan
Anda mungkin pernah dengar mengenai CTOS atau CCRIS, lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pinjaman. Tanyalah sesiapa pun, mereka akan mengatakan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

Anda mungkin pernah dengar mengenai CTOS atau CCRIS, lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pinjaman. Tanyalah sesiapa pun, mereka akan mengatakan bahawa anda perlu mempunyai rekod CTOS dan CCRIS yang “sihat” supaya pinjaman anda diluluskan.

 

APA ITU CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit ini ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.

Laporan kredit CCRIS merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Pinjaman terkumpul

  • Contoh:
    • pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, kad kredit dan lain-lain.
    •  jumlah baki pinjaman, had pinjaman, tabiat pembayaran balik, dan status undang-undang sekiranya ada.

2. Akaun perhatian khas

  • Pinjaman Tidak Berbayar/ Non Performing Loans (NPL)
  • Tertakluk di bawah jadual pengurusan hutang khas seperti yang dirundingkan oleh AKPK

3. Permohonan pinjaman/kemudahan kredit yang dibuat dalam tempoh 12 bulan

  • Permohonan yang telah diluluskan atau tidak diluluskan serta had limit pembiayaan.

 

APA ITU CTOS?

CTOS pula adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Syarikat ini menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon.

Laporan kredit CTOS adalah komprehensif. Ia termasuklah perkara-perkara berikut:

1. Seksyen A – Pengesahan identiti

  •  Nombor kad pengenalan, nama penuh, nama syarikat atau nombor pendaftaran perniagaan.

2. Seksyen B – Senarai dalaman atau pendedahan kumpulan

  • Pengalaman perniagaan sendiri dengan pelanggan mereka.
  • Terbuka hanya kepada kakitangan pelanggan itu sendiri.

3. Seksyen C – Jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan

  • Rekod pengarah dan pegangan saham seseorang dalam syarikat-syarikat dan perniagaan yang diperbadankan di Malaysia
  • Bantu bank mengesahkan pendapatan sebenar individu, terutamanya bagi pemegang saham syarikat dan pemilik perniagaan.

4. Seksyen D – Tindakan undang-undang

  • Maklumat mengenai tindakan undang-undang.
  • Contoh: status kebankrapan, tindakan undang-undang, status-status kes khas yang sedang dibicarakan.

5. Seksyen E – Pengadil perdagangan dan komen subjek

  • Senarai nama pengadil perdagangan. Mereka adalah pelanggan CTOS yang mahu berkongsi pengalaman perniagaan mereka yang dikenali sebagai “Rujukan Perdagangan” pada individu dan syarikat-syarikat mereka atau perniagaan yang telah diuruskan oleh mereka. Rujukan perdagangan dibuat secara langsung melalui email di antara perujuk perdagangan dan seseorang yang mahu mendapatkan maklumat.
  • Komen Subjek: membolehkan pihak yang terlibat merumuskan kisah mereka. Komen-komen pada bahagian ini mestilah objektif dan hanya terhad kepada kes tersebut.

 

Kedua-dua agensi ini tidak kuasa untuk menyenarai hitam, mengeluarkan pandangan atau komen mana-mana individu.

 

PERBEZAAN CCRIS & CTOS

Itulah sedikit sebanyak mengenai CTOS dan CCRIS. Penting untuk anda tahu dan belajar mengenai dua laporan kredit ini terutama sekali apabila anda ingin membuat pinjaman. Hal ini demikian kerana setiap penolakan pinjaman boleh menyebabkan laporan kredit anda menjadi lebih teruk.

Jadi, marilah kita menjadi individu yang lebih peka dan bijak dalam menguruskan kewangan masing-masing!

 

Sumber: iProperty dan Direct Landing

BACA SETERUSNYA: Ketahui 5 Tip Ini Sebelum Anda Mula Melabur!

Tags: Bank Negara MalaysiaCCRISCTOSLaporan Kredit
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

SC, HDC Anjur Forum Pertama Pengumpulan Dana Patuh Syariah Bagi PMKS

Next Post

e-Rupi, Sistem Pembayaran Digital India, Dilancarkan

Related Posts

digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021
Kompas

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA