EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Disember 11, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

SC, HDC Anjur Forum Pertama Pengumpulan Dana Patuh Syariah Bagi PMKS

by moneycompass
Ogos 6, 2021
in Berita Korporat
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) hari ini menganjurkan bersama Forum...

Securities Commission Malaysia (SC) is a statutory body set up to regulate and develop the Malaysian Capital Market.

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2021 – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) hari ini menganjurkan bersama Forum SC-HDC 2021 yang pertama, bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Melalui Pasaran Modal Islam’.

Forum dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengumpulan dana berasaskan pasaran yang patuh Syariah bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya yang tergolong dalam ekonomi Halal.

Peluang pengumpulan dana berasaskan pasaran melalui pengendali platform pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) seumpama ini, menyediakan PMKS pilihan yang berdaya saing bagi pembiayaan patuh Syariah.

“Kami menjangkakan minat dan penyertaan yang lebih besar daripada PMKS dalam pasaran modal Islam, dengan adanya rangka kerja yang kukuh dan ekosistem yang memudah cara bagi aktiviti pengumpulan dana patuh Syariah,” kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk memacu pembangunan pasaran modal Islam, yang kini mewakili lebih 60% daripada keseluruhan pasaran modal Malaysia.”

Dato’ Mahmud Abbas, Pengerusi HDC berkata, “Sebagai penyelaras utama ekosistem Halal Malaysia dan dengan rangkaian PMKS Halal kami yang luas, kami berharap forum dua hari ini akan membolehkan SC dan HDC berhubung dengan PMKS yang lebih luas.

Kita harus berusaha untuk menerapkan ‘pematuhan Syariah yang menyeluruh’ dalam industri halal, serta memastikan bahawa bukan sahaja pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang Halal, malah juga model perniagaan dan kewangan yang patuh Syariah dalam rantaian nilai dan ekosistemnya.

Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai aktiviti pengumpulan dana patuh Syariah berasaskan pasaran yang menjangkaui pilihan pendanaan tradisional. ”

Bersempena forum yang julung kali diadakan ini, SC juga melancarkan Kit Panduan Penilaian Penyaringan Syariah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Tidak Tersenarai (Kit Panduan).

Kit Panduan ini adalah salah satu inisiatif pembangunan utama SC untuk menyediakan panduan dalam penyaringan status Syariah PMKS yang tidak tersenarai bagi pengendali dan penasihat Syariah platform ECF dan pembiayaan P2P.

SC yakin dengan pelancaran Kit Panduan tersebut dan akses kepada pasaran patuh Syariah, para pelabur akan beroleh peluang yang lebih besar untuk mempelbagaikan pelaburan mereka.

Ia juga akan membolehkan portfolio pelaburan patuh Syariah yang lebih dipelbagai, yang merangkumi seluruh kelas aset dan sektor ekonomi.

Kit Panduan ini mengandungi siri soalan-soalan penilaian yang berdasarkan metodologi penyaringan Syariah bagi PMKS, yang telah diluluskan oleh NajIis Penasihat Syariah (SAC) Sc.

Kit Panduan tersebut boleh didapati di sini.

 

BACA SETERUSNYA: BSN Bawa Keceriaan Kepada Anak Yatim, OKU, Asnaf

Tags: Perbadanan Industri Halal (HDC)PMKSSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tahap Kewangan Pengguna di Malaysia Semakin Merosot

Next Post

Perbezaan Laporan Kredit CCRIS dan CTOS

Related Posts

Berita Korporat

Generali Malaysia dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa pada Anugerah Insurans Asia 2023

03 Ogo 2023
Berita Korporat

Generali Malaysia Memperkasakan Pemimpin Hari Esok Demi Mengejar Impian Mereka

25 Jul 2023
Authority Institute
Berita Korporat

Maverick Foo daripada Authority Institute Dinobatkan Sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

30 Jun 2023

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA