EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

20 Peratus M40 Beralih Ke B40 Akibat COVID-19

by moneycompass
Ogos 9, 2021
in Berita Terkini
Bajet 2022
Share on FacebookShare on WhatsApp

PUTRAJAYA – Sebanyak 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan di antara RM4,850 hingga RM10,959 beralih kepada kumpulan B40, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata isi rumah yang berada dalam kumpulan T20 turut terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mana sebanyak 12.8 peratus isi rumah daripada kumpulan ini beralih kepada kumpulan M40.

Beliau berkata, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan merosot 10.3 peratus kepada RM7,089 tahun lalu, berbanding RM7,901 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Katanya, penurunan itu disebabkan pendapatan bergaji dan bekerja sendiri yang menjadi punca utama pendapatan isi rumah masing-masing menyusut 16.1 peratus dan 9.7 peratus pada 2020.

“Penurunan ini disumbangkan oleh isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan atau pengurangan pendapatan, terutama mereka yang berstatus pekerja, bekerja sendiri dan lain-lain.

“Tambahan pula, pengurangan pendapatan ini bukan sahaja akibat daripada kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia 2020 yang memuatkan dapatan kajian kesan COVID-19 ke atas pendapatan isi rumah di Malaysia tahun lalu.

Terdapat empat punca pendapatan iaitu pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, harta & pelaburan dan pindahan semasa diterima.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah yang mencatatkan penurunan 11.3 peratus berbanding 2019.

Katanya, nilai pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah pada 2020 ialah RM5,209 berbanding RM5,873 tahun sebelumnya.

“Semua negeri mencatatkan penurunan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah. Putrajaya merekodkan penurunan pendapatan isi rumah bulanan paling rendah.

“Putrajaya kekal mencatatkan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah paling tinggi berbanding negeri lain masing-masing sebanyak RM12,322 dan RM9,743.

“Kelantan masih merekodkan pendapatan purata dan penengah paling rendah masing-masing sebanyak RM4,411 dan RM3,010,” katanya.

Beliau berkata, majoriti isi rumah mengalami pengurangan pendapatan di mana kebanyakan isi rumah daripada kumpulan pendapatan lebih tinggi beralih kepada kumpulan pendapatan yang lebih rendah.

“Pada 2020, bilangan isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 bertambah sebanyak 12.5 peratus.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: PMKS Rugi RM40.7 Bilion Kerana PKP

Tags: B40COVID-19M40T20
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Lebih 700,000 Rakyat Malaysia Kini Menganggur

Next Post

Lotus’s Malaysia Bekerjasama Dengan ShopeePay

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA