EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Ekonomi Malaysia Meningkat Dengan Kemajuan Vaksinasi

by moneycompass
Ogos 9, 2021
in Berita Terkini
Aktiviti ekonomi tempatan dijangka pulih dan meningkat dengan lebih jauh pada separuh kedua 2021, walaupun ambang imuniti kelompok...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Aktiviti ekonomi tempatan dijangka pulih dan meningkat dengan lebih jauh pada separuh kedua 2021, walaupun ambang imuniti kelompok daripada COVID-19 mungkin tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini.

Ketua Pengagihan Kekayaan Runcit Manulife Investment Management (M) Bhd, Ng Chze How, berkata Malaysia diramal akan berada dalam zon perniagaan akan meningkat, lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula serta mencatatkan pemulihan yang lebih lanjut.

“Terdapat banyak kajian kes, malah sekarang ini juga, saya berpendapat ramai pembuat dasar Malaysia tahu bahawa mereka perlu membuka semula lebih banyak sektor kerana kita perlu meneruskan kelangsungan walaupun dengan adanya virus ini.

“Kita tidak mampu untuk meneruskan sekatan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan ramai orang kehilangan sumber pendapatan mereka.

“Unjuran untuk separuh kedua ini terkait rapat dengan program dan kemajuan vaksinasi, saya yakin negara mampu meneruskan pemulihan ekonomi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan semua petunjuk ekonomi, beliau menjelaskan kesemua akan mencerminkan kenaikan menjelang separuh kedua tahun ini.

Banyak pelabur sekarang ini menyasar kepada instrumen dengan hasil yang lebih tinggi yang dapat memberikan lonjakan pendapatan memandangkan kadar simpanan tetap dengan sekitar dua peratus keuntungan tidak mampu menangani inflasi.

“Pasaran kita disokong oleh dasar monetari dan persekitaran kadar faedah yang lebih rendah (pada masa ini). Kadar pinjaman juga berada pada tahap yang sangat rendah, mungkin sekitar 3.5 peratus sekarang,” katanya lagi.

Chze How ketika mengulas mengenai kemajuan vaksinasi memberitahu negara sekarang sedang mempercepatkan program itu dan ini dapat melalui dilihat peningkatan proses vaksinasi di seluruh negara berikutan aliran bekalan vaksin yang stabil.

“Penjadualan vaksin kelihatan agak baik pada Julai dan kita sedang memasuki Ogos serta September. Jadi jangkaannya, sebelum akhir tahun ini iaitu pada suku keempat, kita berada dalam keadaan yang sangat baik daripada segi vaksinasi.

“Dengan unjuran ini beserta liputan dosis pertama dan kedua ke atas lebih banyak orang termasuk pemulihan dan pembukaan semula perniagaan, ada cahaya di hujung terowong,” tambahnya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Warga Emas Terima Vaksin Secara Terus Mulai Minggu Depan

Tags: Ekonomimalaysiavaksinasi
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Varian Delta Punca Harga Minyak Mentah Jatuh

Next Post

Lebih 700,000 Rakyat Malaysia Kini Menganggur

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA