EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Varian Delta Punca Harga Minyak Mentah Jatuh

by moneycompass
Ogos 9, 2021
in Berita Pasaran Global
Harga minyak mentah dunia mencatat penyusutan mingguan terbesar sejak Oktober berikutan penularan varian delta COVID-19 di China dan di...

McKittrick, CaliforniaAPRIL 29, 2020There are over 1,100 producing oil wells in the McKittrick oil field, just north of the town of McKittrick on Cal. State Route 33. With the falling price of oil, some pumpjacks that need repair are being left idle. (Carolyn Cole/Los Angeles Times via Getty Images)

Share on FacebookShare on WhatsApp

NEW YORK – Harga minyak mentah dunia mencatat penyusutan mingguan terbesar sejak Oktober berikutan penularan varian delta COVID-19 di China dan di tempat lain di dunia menimbulkan keraguan terhadap pertumbuhan permintaan.

Niaga hadapan West Texas Intermediate susut 1.2 peratus pada Jumaat dan 7.7 peratus untuk minggu baru berakhir.

Dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat berikutan laporan pekerjaan AS yang lebih baik daripada dijangkakan, melemahkan daya tarikan komoditi yang harganya dalam denominasi mata wang itu.

China telah mengenakan sekatan yang semakin ketat terhadap pergerakan untuk memerangi penularan varian yang mematikan itu, sementara catatan rekod dalam kes harian di Thailand dan Sydney, Australia.

“Pasaran bertindak balas terhadap kebimbangan bahawa varian Delta, terutama di Asia, akan menjejaskan pergerakan secara ketara,” kata Ketua Strategi Komoditi Global TD Securities, Bart Melek.

Setelah minyak mentah meningkat pada separuh pertama tahun ini dengan peningkatan permintaan, perkembangan terkini pandemik membatasi harga bukan saja minyak mentah tetapi juga beberapa komoditi lain.

Premium untuk kontrak semasa WTI berbanding niaga hadapan bulan kedua, menyempit kepada 18 sen setelah mencapai 72 sen seminggu sebelumnya, menunjukkan kebimbangan berterusan mengenai permintaan.

“Pasaran minyak berdepan kesukaran minggu ini,” kata Penganalisis Kanan Danske Bank A/S, Jens Naervig Pedersen.

“Di satu sisi, pasaran bimbang mengenai implikasi ekonomi daripada penularan varian Delta, tetapi di sisi lain pula, dasar yang akomodatif memberi sokongan yang kukuh,” katanya.

Walaupun prospek permintaan dari Asia lemah, terdapat beberapa metrik yang lebih baik di AS, yang mana jalan raya kekal sibuk.

Perjalanan jarak jauh di lebuh raya bagi minggu hingga 1 Ogos hampir sama minggu yang dicatatkan pada 2019, sebelum pandemik itu melanda, demikian mengikut Jabatan Pengangkutan.

Penghantaran petrol ke pasaran Sepanyol melonjak melebihi tahap pra-pandemik bulan lalu.

“Sulit untuk tidak terjebak dalam berita utama yang menunjukkan peningkatan kes, terutama di China,” kata Pakar Strategi Kanan Komoditi Australia and New Zealand Banking Group Ltd, Daniel Hynes.

“Bagaimanapun, jika diteliti, langkah yang ketat dilonggarkan di kebanyakan rantau, permintaan nampaknya terus meningkat, dan saya rasa impak gelombang terbaru ini jauh lebih rendah daripada yang sebelumnya,” katanya.

 

— BLOOMBERG

BACA SETERUSNYA: Kadar Vaksinasi Rendah Punca Pasaran ASEAN Terjejas Teruk

Tags: COVID-19Deltaharga minyakminyak mentahvarian
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kelonggaran Diberikan Untuk Individu Lengkap Divaksin

Next Post

Ekonomi Malaysia Meningkat Dengan Kemajuan Vaksinasi

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA