EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Januari 31, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

AKPK Beri Khidmat Secara Percuma Kepada PKS

by moneycompass
Ogos 11, 2021
in Berita Terkini
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) komited untuk terus memberi khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) komited untuk terus memberi khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas dalam mendepani cabaran kewangan ketika era COVID-19 yang belum berakhir.

Menurut agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) itu, ia menyediakan khidmat nasihat kewangan, pendidikan kewangan dan pengurusan hutang untuk semua individu dan PKS.

“Yang istimewanya adalah perkhidmatan ini percuma untuk semua individu dan PKS.

“Anda hanya perlu layari https://services.akpk.org.my/ untuk mendapatkan perkhidmatan AKPK,” katanya dalam satu kenyataan.

AKPK menjelaskan, rata-rata semua yang terbabit dalam bidang perniagaan termasuk PKS menerima kesan dan tempias akibat daripada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan perniagaan mengalami pengurangan pendapatan atau jualan.

Ia berkata, terdapat juga beberapa perniagaan berjaya menakluki cabaran yang datang bersama pandemik namun masih ramai juga yang terkesan.

“Ini kerana mereka bukan saja terpaksa melawan musuh perniagaan yang baharu ini, namun terpaksa juga menghadapi cabaran perniagaan lazim seperti persaingan, kurang pasaran, kualiti produk/servis, trend yang sentiasa berubah dan kos pinjaman perniagaan yang tinggi.

“Walaupun pelbagai bantuan kerajaan telah disalurkan kepada PKS seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) atau Pelan Pemulihan Negara (PPN), PKS tetap perlu bangkit semula dengan persiapan dari dalaman PKS sendiri.

“Persediaan kendiri ini mirip dengan program vaksinasi yang mana dari aspek perniagaan, jika diterapkan cadangan pelan imunisasi berikut, mampu mempersiapkan ketahanan diri PKS daripada serangan luar kerana telah tersedia menghasilkan sel imuniti dan antibodi yang diperlukan untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: PMKS Rugi RM40.7 Bilion Kerana PKP

Tags: Agensi Kaunseling dan Pengurusan KreditAKPKkewanganPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Lotus’s Malaysia Bekerjasama Dengan ShopeePay

Next Post

Aset Bank ASEAN, India Hadapi Risiko Semasa Pandemik

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA