EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Aset Bank ASEAN, India Hadapi Risiko Semasa Pandemik

by moneycompass
Ogos 11, 2021
in Berita Pasaran Global
Bagi bank-bank di negara ASEAN dan India, pandemik COVID-19 yang mencetuskan langkah-langkah pengekangan ketat akan menghalang pemulihan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Bagi bank-bank di negara ASEAN dan India, pandemik COVID-19 yang mencetuskan langkah-langkah pengekangan ketat akan menghalang pemulihan ekonomi dan menghakis kemampuan pembayaran semula hutang peminjam, sekali gus meningkatkan risiko aset mereka, kata Moody’s Investors Service dalam satu laporan.

Bagaimanapun, penampan penyerapan kerugian bank yang kukuh, sokongan dasar dan kesan virus yang tertumpu pada beberapa segmen akan mengekalkan kekuatan kredit bank-bank ini, katanya dalam laporan pertama daripada beberapa siri yang meliputi kesan baharu gelombang COVID-19 terhadap bank-bank di ASEAN dan India.

“Pembukaan semula aktiviti ekonomi global akan meningkatkan pertumbuhan perdagangan di Vietnam (Ba3 positif), Malaysia (A3 stabil) dan Singapura (Aaa stabil).

“Ini akan membantu mengimbangi gangguan ekonomi domestik daripada pandemik itu walaupun kadar pemberian vaksin yang perlahan merupakan risiko bagi Vietnam,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Rebecca Tan dalam satu kenyataan.

Bank-bank di Thailand (Baa1 stabil), Filipina (Baa2 stabil) dan Indonesia (Baa2 stabil) terutama sangat rentan kerana ekonomi-ekonomi ini terus bergelut dengan peningkatan jumlah kes virus dan ini telah melonjakkan lagi ketidakpastian mengenai pembukaan semula ekonomi mereka.

“Namun, sokongan dasar terhadap peminjam dan penumpuan kesan pada beberapa segmen ekonomi akan mengehadkan kemerosotan kualiti aset bank secara keseluruhan,” katanya.

Bagi India (Baa3 negatif), Moody’s mengunjurkan ekonomi negara ini akan kembali berkembang pada tahun fiskal berakhir Mac 2022 (fiskal 2021), tetapi penularan pandemik COVID-19 kedua yang teruk akan menunda penambahbaikan dalam kualiti aset.

Sokongan dasar yang berterusan ke atas peminjam daripada kerajaan dan bank-bank pusat akan mencegah peningkatan ketara kemungkiran dalam pinjaman bank.

Kesan kewangan daripada pandemik yang berpanjangan tertumpu pada beberapa segmen ekonomi dan ini akan mengehadkan kemerosotan kualiti aset bank secara keseluruhan.

Paling asas, pelbagai langkah pengawalseliaan yang dilaksanakan sejak dekad lalu untuk memperkuat imbangan kira-kira bank telah menyaksikan bank-bank ini berjaya berhadapan pandemik dengan kukuh.

Sejak bermulanya pandemik ini, kebanyakan bank di rantau ini telah membina penampan kerugian pinjaman yang mencukupi untuk menampung kemungkinan berlakunya kenaikan dalam hutang tidak berbayar.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Khidmat Perbankan Digital Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia

Tags: ASEANBankCOVID-19India
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

AKPK Beri Khidmat Secara Percuma Kepada PKS

Next Post

Imuniti Kelompok Beri Peluang Untuk Ekonomi Pulih

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA