EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Februari 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Imuniti Kelompok Beri Peluang Untuk Ekonomi Pulih

by moneycompass
Ogos 11, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
faedah
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berpeluang untuk pulih lebih cepat bermula pada suku keempat ini sekiranya negara berjaya mencapai imuniti kelompok seawal akhir Oktober.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kegiatan ekonomi khususnya di negeri-negeri perindustrian yang menyumbang sehinga 73 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia boleh meraih momentum positif jika sasaran itu dapat dicapai.

Dalam masa sama, katanya imuniti kelompok membolehkan banyak kegiatan sosial dijalankan kembali seterusnya membantu pemulihan semula sektor ekonomi terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Pusat beli belah boleh dibuka semula dan ini membantu sektor peruncitan untuk kembali bernafas selepas hanya mampu bergantung kepada jualan dalam talian sahaja sebagai talian hayat.

“Sektor pelancongan tempatan akan kembali pulih sedikit demi sedikit apabila merentas negeri turut dibenarkan. Ia sangat membantu rantaian nilai dalam sektor itu yang terjejas teruk sejak Januari 2020.

“Sektor pelancongan pernah menyumbang 15 peratus KDNK Malaysia pada 2019, namun ia akan mengambil masa lebih lama untuk mencapai tahap seperti dulu kerana kekangan ketiadaan pelancong asing,” katanya kepada BH.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkata, 100 peratus penduduk dewasa atau 80 peratus populasi Malaysia dijangka mendapat dos lengkap vaksin COVID-19 menjelang hujung Oktober ini, sekali gus melengkapkan imuniti kelompok.

Keyakinan itu adalah bersandarkan kepada prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan setakat ini.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kejayaan mencapai imuniti kelompok bermakna ekonomi Malaysia dijangka dibuka semula apabila pelbagai sektor akan dibenarkan beroperasi selain terdapat kelonggaran bagi pergerakan rakyat.

Justeru, katanya aktiviti ekonomi dijangka lebih rancak dengan transaksi perniagaan iaitu kegiatan pembelian dan penjualan akan berlangsung lebih normal.

“Jika sebelum ini platform e-dagang menjadi sandaran utama rakyat untuk membeli belah, dengan tercapainya imuniti kelompok maka mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan sebarang urus niaga.

“Sudah pastinya situasi ini akan meningkatkan jualan sama ada bagi peniaga di luar talian, dalam talian mahu pun kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, dalam masa sama, bantuan juga perlu diteruskan khususnya bagi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Namun, bantuan ini perlu bersifat membina kapasiti supaya mereka lebih berdaya saing seiring dengan proses pembukaan yang dijangka berlaku secara beransur-ansur.

“Ini termasuklah pakej pembiayaan yang mempunyai kadar pembiayaan rendah serta latihan meningkatkan daya saing di samping membantu meneroka pasaran baharu khususnya di sektor eksport,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Ekonomi Malaysia Meningkat Dengan Kemajuan Vaksinasi

Tags: COVID-19EkonomiPMKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Aset Bank ASEAN, India Hadapi Risiko Semasa Pandemik

Next Post

E-dagang Di Malaysia Meningkat Ke RM267 Bilion

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA