EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Mei 20, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Eksport Minyak Sawit Malaysia Terjejas Teruk

by moneycompass
Ogos 12, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Eksport minyak sawit Malaysia terutama ke China, India dan Pakistan mencatatkan kemerosotan berikutan pengurangan permintaan susulan...
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Eksport minyak sawit Malaysia terutama ke China, India dan Pakistan mencatatkan kemerosotan berikutan pengurangan permintaan susulan peningkatan semula jangkitan COVID-19 serta pengeluaran yang rendah, demikian menurut penganalisis.

Eksport minyak sawit negara bulan lalu susut 0.8 peratus kepada 1.41 juta tan berbanding 1.42 juta tan bulan sebelumnya dengan eksport ke China, India dan Pakistan masing-masing merosot sebanyak 23.1 peratus, 19.8 peratus dan 22.2 peratus kepada 163,879 tan, 225,041 tan dan 51,604 tan.

Affin Hwang Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, kemerosotan eksport ke India adalah mengejutkan memandangkan pengurangan duti import oleh negara itu terhadap produk minyak sawit.

Namun, katanya, terdapat potensi peningkatan permintaan di India berikutan masih ada baki tempoh dua bulan lagi bagi cukai import India yang rendah terhadap minyak sawit mentah (MSM) dan produk minyak sawit bertapis.

“Kami percaya harga yang tinggi, kurangnya acara atau majlis dan gangguan dalam perniagaan HORECA (hotel/restoran/katering) berikutan pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit.

“Kami juga percaya bahawa Indonesia mungkin meningkat dari segi penguasaan pasaran berikutan pengeluaran Malaysia yang rendah, manakala pengeluaran negara itu meningkat,” katanya.

Affin Hwang Investment Bank menjangkakan pengeluaran MSM akan kukuh pada separuh kedua 2021 berbanding separuh pertama 2021 dan berpotensi mencapai paras puncak pada September hingga Oktober 2021.

Sementara itu, MIDF Research pula berkata, peningkatan kes jangkitan COVID-19 di sesetengah negara Asia mempengaruhi penggunaan dalam sektor makanan dan bukan makanan, sekali gus memperlahankan kadar pemulihan permintaan pada separuh kedua 2021.

Bagaimanapun, menuju ke depan, ia percaya pelaksanaan vaksinasi secara besar-besaran akan membantu melonjakkan permintaan tinggi terhadap makanan.

MIDF Research berkata, pengeluaran rendah adalah berikutan kekurangan tenaga kerja dan peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ia berkata, kekurangan buruh menyebabkan penangguhan aktiviti menuai yang memberi kesan kepada kualiti buah tandan segar manakala dari segi geografi pula, output lebih rendah terutama dari Terengganu (-31.2 peratus), Kelantan (-16.1 peratus), Johor (-13.5 peratus) dan Sabah (-13.3 peratus).

Melangkah ke depan, MIDF Research menjangkakan pengeluaran meningkat dalam beberapa bulan akan datang seiring tempoh pengeluaran puncak, lazimnya dari Julai hingga Oktober.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Varian Delta Punca Harga Minyak Mentah Jatuh

Tags: COVID-19eksportminyak sawit
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Teknologi Terkini Buka Peluang Pekerjaan Dalam Kewangan

Next Post

Kos Bahan Binaan Meningkat 1.5 Peratus

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

13 Mei 2022
Berita Pasaran Tempatan

MoneyMatch Mengumumkan Kemenangan Perbankan Digital dan Pelan Pengumpulan Dana

09 Mei 2022
Global Oil & Gas Automation Market to See Positive Growth with Digitalization and New Disruptive Technologies
Berita Pasaran Tempatan

Industri OGSE bersedia untuk berkembang dengan 15 inisiatif baharu tahun ini

26 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA