EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kos Bahan Binaan Meningkat 1.5 Peratus

by moneycompass
Ogos 12, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.6 dan 1.5 peratus bagi...
Share on FacebookShare on WhatsApp

PUTRAJAYA – Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.6 dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada Julai 2021 berbanding bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata IKB di kawasan C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan D (Johor) bagaimanapun menunjukkan penurunan antara 0.1 dan 0.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Sementara itu, IKB di Kota Kinabalu meningkat antara 0.3 dan 4.8 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali cerucuk kayu yang turun 0.3 peratus manakala IKB di Sandakan meningkat antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, IKB di Tawau merosot 0.1 peratus dan 0.3 peratus bagi bangunan kayu (-0.2 peratus), cerucuk kayu (-0.3 peratus) dan cerucuk (K.T.) (-0.1 peratus).

IKB di Kuching merekodkan pertumbuhan antara 0.4 peratus dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan manakala IKB di Miri turut meningkat secara perlahan sebanyak 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk penginapan) dan bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat).

Mohd Uzir berkata, IKB termasuk bar keluli pada Julai 2021 bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 1.3 dan 3.0 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

Bagaimanapun, kawasan C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan D (Johor) menunjukkan penurunan antara 0.1 dan 0.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“IKB di Kota Kinabalu dan Sandakan meningkat antara 0.1 dan 4.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bagi cerucuk kayu yang turun 0.3 peratus di kedua-dua kawasan serta bangunan kayu di Sandakan (-0.1 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata, IKB di Tawau menurun antara 0.1 dan 0.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan manakala IKB di Kuching meningkat antara 0.4 dan 1.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

IKB di Miri turut meningkat 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) dua hingga empat tingkat (berbumbung rata), katanya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Ekonomi Malaysia Meningkat Dengan Kemajuan Vaksinasi

Tags: pembinaan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Eksport Minyak Sawit Malaysia Terjejas Teruk

Next Post

Remaja 16, 17 Tahun Akan Divaksin Mulai September

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA