Kuala Lumpur, 9 Ogos 2021 — Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), penyedia takaful keluarga nombor satu di Malaysia telah menyambut ulang tahun ke-15 pada 8 Ogos 2021. Selama lebih satu dekad, PruBSN telah mengekalkan matlamat mereka untuk membantu rakyat Malaysia di seluruh negara memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan melalui perlindungan kesihatan dan kewangan.
Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN berkata bahawa pencapaian yang membanggakan ini mustahil untuk dicapai tanpa kepercayaan dari pelanggan serta dedikasi dan usaha berterusan oleh warga agensi dan warga kerja PruBSN. “Kita telah melangkah jauh ke hadapan sejak penubuhannya pada tahun 2006. Dalam tempoh 15 tahun yang lalu, PruBSN sentiasa berusaha untuk berinovasi dan menambah baik,produk dan perkhidmatan dalam memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah,” kata Wan Saifulrizal.
“Tahun IaIu merupakan satu tahun yang mencabar bagi kita semua. Kami dapati bahawa kadar penembusan bagi produk takaful masih di tahap yang rendah dan masih jauh dari sasaran. Sebagai peneraju dalam industri takaful, kami sentiasa komited dalam menyempurnakan visi kami untuk menyediakan perlindungan komprehensif serta penyelesaian dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi keperluan para pelanggan terutamanya pada waktu mencabar ini,” tambah Wan Saifulrizal.
BACA SETERUSNYA: PruBSN Tawar Perlindungan Takaful Pelan Berkumpulan
Discussion about this post