EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, November 29, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Lebihan Akaun Semasa Malaysia Meningkat Kerana Import, Eksport

by moneycompass
Ogos 13, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat 17.2 peratus kepada RM14.4 bilion pada suku kedua 2021 berbanding RM12.3 bilion pada suku sebelumnya.
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat 17.2 peratus kepada RM14.4 bilion pada suku kedua 2021 berbanding RM12.3 bilion pada suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lebihan tinggi dalam akaun semasa itu didorong oleh prestasi yang baik dalam barangan walaupun defisit perkhidmatan terus meningkat sejak suku kedua 2020 disebabkan penularan wabak COVID-19.

Pada suku itu, beliau berkata, akaun barangan meningkat 11.1 peratus untuk mencatat lebihan lebih tinggi sebanyak RM40.7 bilion berbanding RM36.6 bilion pada suku sebelumnya.

“Prestasi ketara ini dipacu oleh eksport yang lebih tinggi pada RM244.0 bilion, meningkat sebanyak RM18.5 bilion dari suku sebelumnya.

Eksport utama adalah barangan berasaskan elektrik & elektronik (E&E), petroleum dan getah; terutamanya ke China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

“Import barangan juga meningkat sebanyak RM14.5 bilion kepada RM203.4 bilion berbanding suku sebelumnya. Sumber import utama adalah dari China, Singapura dan Jepun yang mana peningkatan import disumbangkan oleh barangan perantaraan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir berkata, lebihan akaun semasa pada suku kedua 2021 juga disokong oleh defisit pendapatan sekunder yang lebih rendah sebanyak RM1.4 bilion berbanding RM3.6 bilion pada suku pertama 2021.

Beliau berkata, ia berikutan penerimaan yang lebih tinggi dari luar negara, manakala pembayaran ke luar negara berkurangan disebabkan pengiriman wang keluar lebih rendah susulan penurunan bilangan pekerja asing di Malaysia.

Melihat kepada prestasi perdagangan perkhidmatan, import mencatatkan RM36.5 bilion yang secara relatifnya lebih tinggi daripada nilai eksport RM21.1 bilion pada suku kedua 2021.

Ia mengakibatkan defisit lebih tinggi dalam perkhidmatan yang berjumlah RM15.4 bilion berbanding RM15.0 bilion pada suku sebelum, terutamanya disebabkan oleh perjalanan dan pengangkutan.

Situasi di luar jangkaan yang berpanjangan dan semakin teruk susulan lonjakan dalam jumlah kes COVID-19 sejak pertengahan Mei tahun ini, sempadan Malaysia masih ditutup untuk ketibaan pelancong antarabangsa.

Senario seperti itu menyebabkan perjalanan terus mencatat defisit yang lebih tinggi sebanyak RM3.6 bilion pada suku tahun semasa.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Kos Bahan Binaan Meningkat 1.5 Peratus

Tags: COVID-19eksportimportmalaysia
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Remaja 16, 17 Tahun Akan Divaksin Mulai September

Next Post

OPR Boleh Diubah Jika Ada Keperluan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA