EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Apa Beza Antara Saham Dengan Amanah Saham

by Contributor
Ogos 17, 2021
in Kompas Pelaburan
saham
Share on FacebookShare on WhatsApp

Semasa kecil dulu, abang dan ayah saya ada bincang pada satu petang.

“Lebih baik nak labur mana, Amanah Saham atau Saham?” tanya abang pada ayah.

Saya masih ingat lagi, zaman tu dekat surat khabar ada ditunjukkan papan harga saham Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).  Sekarang dah bertukar kepada nama baru iaitBursa Saham Malaysia.

Pada masa tu, saya tak tahu apa pun mengenai topik yang dibincangkan. Lagi melucukan, saya ingatkan melabur saham ni macam main judi.

Yelah, orang kalau sebut bila mana labur atau dagang saham, mesti akan guna perkataan main. Mereka tak guna perkataan labur atau dagang saham. Kemudian. setiap hari akan tengok harga terkini.

Jadi tak nampak beza sangat pun antara orang beli no ekor (berjudi). Setiap hari mereka akan tengok nombor bertuah apa yang akan naik di surat khabar. Mirip dengan orang yang beli saham yang nak akan angka harga saham. Kalau naik, maka untung. Kalau turun, maka rugi.

Rupanya sangat berbeza. Melabur tak sama dengan berjudi dan amanah saham berbeza dengan saham.

Ironinya, saya banyak jumpa orang yang tak tahu perbezaan antara saham dengan amanah saham sepanjang menjadi seorang perancang kewangan berlesen.

Jadi dalam episod kali ni, saya nak bercerita perbezaan antara saham dan amanah saham.

 

Amanah Saham

Amanah saham ialah dana yang dikumpulkan dari ramai pelabur dan disatukan sebagai ke dalam satu dana yang kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana bagi pihak pelabur. Pengurus dana akan melaburkan dana tersebut berdasarkan objektif pelaburan dana tersebut.

Sebab tu kena baca dulu prospektus, helaian sorotan produk (product highlight sheet) atau lembaran fakta dana (fund fact sheet) sebelum melabur supaya anda tahu dana tu dilaburkan di pasaran apa (ekuiti, sukuk, pasaran wang), dekat mana (Malaysia, Asean, Asia, Eropah),  risiko-risko dalam dana tersebut, caj-caj yang dikenakan dan prestasi masa lepas dana tersebut.

Secara umumnya, ada dua jenis dana amanah saham iaitu dana harga tetap dan dana harga berubah.

Dana harga tetap ini tiada penurunan atau kenaikan harga dan keuntungan diperolehi melalui agihan pendapatan (Income Distribution). Contoh dana harga tetap adalah ASB dan ASB 2 yang diuruskan Amanah Saham Nasional Berhad.

Dana harga berubah ini ada berlaku penurunan dan kenaikan harga. Keuntungan diperolehi melalui agihan pendapatan (income distribution) dan kenaikan harga (capital gain). Hampir semua (kecuali ASB dan ASB 2) adalah dana jenis ni.

 

Saham

Saham pula adalah pembelian langsung keatas pemilikan sesuatu syarikat. Membeli saham bermakna membeli pemilikan syarikat secara langsung dari pasaran saham. Pembelian (dan penjualan) dilaksanakan melalui dealer/remisier.

Keuntungan diperolehi melalui dividen dan kenaikan harga saham sesebuah syarikat iaitu bergantung pada prestasi perniagaan syarikat yang dilaburkan tu.

Jadi perbezaan paling ketara antara saham dan amanah saham adalah saham ada pembelian pemilikan secara terus pemilikan sesebuah syarikat manakala amanah saham pembelian secara tidak langsung oleh pengurus dana. Ini bermakna korang sendiri yang melabur dan memiliki secara terus pegangan dalam sesebuah syarikat untuk saham dan amanah saham pula korang menggunakan kepakaran pengurus dana menggunakan dana dalam melakukan pelaburan. Apa yang korang miliki adalah unit-unit dana. Bukan pengangan ekuiti syarikat.

Ini sekaligus menafikan kenyataan sebahagian orang yang mengatakan anda boleh memiliki pegangan saham pemilikan sesebuah syarikat dengan kos yang lebih rendah melalui amanah saham.

Saham adalah pembelian unit syarikat iaitu bergantung pada harga seunit semasa (100 unit setiap 1 lot) manakala amanah saham adalah pembelian unit dana amanah saham.

 

Jadi mana yang lebih baik?

Ia bergantung pada personaliti dan karakter anda. Pandangan peribadi saya, sekiranya anda memiliki masa untuk melakukan kajian dan menghadap pasaran saham, memiliki kemahiran menganalisis saham atau sanggup meluangkan masa untuk belajar, mempunyai kawalan emosi yang baik dan seorang yang berani ambil risiko maka melabur secara terus melalui instrumen saham adalah yang terbaik.

Tetapi sekiranya anda tiada masa kerana sibuk dengan kerja terutama golongan profesional, tiada kemahiran atau tiada masa nak belajar dan rasa perit melihat pergerakan harga saham maka pelaburan melalui amanah saham adalah terbaik. Ini kerana kekurangan yang anda boleh diatasi dengan menggunakan kemahiran dan kepakaran pengurus dana.

Kesimpulanya, tiada pelaburan yang sesuai untuk semua orang. Anda kena tahu dulu diri anda macam mana dan kemudian baru cari pelaburan yang sesuai ciri-ciri yang anda miliki.

Tapi kalau anda nak pelaburan yang risiko rendah tapi pulangan tinggi, korang pergilah cari mana-mana scammer.

Ada satu tawaran untuk anda buat pembaca Celik Wang. Saya nak menawarkan diskaun RM50 untuk anda mendalami secara lebih mendalam dan tersusun mengenai perancangan dan pengurusan kewangan. Harga semasa kursus ini RM150 tetapi apabila anda masukkan kod ini hanif-af-d2b ia akan menjadi serendah RM 100. 

 

Klik link dibawah ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini

https://ulearnmoney.com/product/duit2belia-tahap-1-2-3/

 

Hanif Yahaya

Perancang Kewangan Berlesen & HRD Corp Certified Trainer

 

BACA SETERUSNYA: Perbezaan Laporan Kredit CCRIS dan CTOS

Tags: amana sahamhanif yahayaSaham
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

VSure.life kenalkan insurans ‘on demand’

Next Post

PropertyGuru dapati 73% rakyat Malaysia ingin ubahsuai, milik, pindah rumah

Related Posts

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah
Kompas Pelaburan

7 Cara Mudah Simpan Duit Bagi Bayaran Pendahuluan Rumah

07 Nov 2022
Kini, populariti bitcoin, dan mata wang kripto secara umum, terus meningkat. Ramai telah mengalihkan perhatian mereka kepada mata wang kripto yang paling terkenal di dunia kerana kemampuannya sebagai kaedah pembayaran yang selamat dan pantas, simpanan nilai alternatif, dan perlindungan terhadap inflasi.
Kompas

Peranan Penting Pengawalseliaan dalam Industri Mata Wang Kripto

02 Ogo 2021
Kompas

Ketahui 5 Tip Ini Sebelum Anda Mula Melabur!

09 Jul 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA