EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Jun 9, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kutipan duti eksport MSM lonjak lima kali ganda

by moneycompass
Ogos 18, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
msm
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kutipan duti eksport minyak sawit mentah (MSM) dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dianggarkan berjumlah RM564.82 juta melonjak lima kali ganda berbanding tempoh sama pada 2020 sebanyak RM111 juta.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan hari ini berkata ini susulan daripada peningkatan harga MSM dalam tempoh tersebut.

“Bagi memastikan peningkatan harga MSM dirasai semua kelompok masyarakat dan meminimumkan kesan negatif, kerajaan sedang mengkaji beberapa mekanisme untuk memastikan kebaikan kenaikan harga berkenaan dalam pasaran dunia dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pada masa depan.”

“Contohnya syor mewujudkan satu mekanisme khas untuk mengatasi isu kenaikan harga minyak tidak bersubsidi,” katanya.

Di samping itu, katanya kutipan Levi Keuntungan Luar Biasa dianggarkan sebanyak RM950 juta bagi tahun ini berbanding hanya RM165 juta pada 2020.

“la berikutan kenaikan harga MSM yang melebihi RM3,500 satu tan dari Januari hingga Mei 2021 dan anggaran harga MSM melebihi RM2,500 satu tan sehingga Disember 2021,” katanya.

Katanya peningkatan harga MSM ini dilihat memberi lebih kesan positif kepada masyarakat dan secara prinsipnya, setiap kenaikan harga MSM di pasaran dunia akan memberi kesan ekonomi secara berangkai seperti pertambahan pendapatan negara dan pendapatan pekebun kecil sawit serta kenaikan harga runcit minyak masak.

KPPK percaya  sektor agrikomoditi khususnya subsektor sawit akan terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada unjuran ekonomi yang lebih positif sepanjang tahun ini serta memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan kepada lebih 500,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara,” katanya.

Pada 2020, Malaysia mengeksport sebanyak 17.40 juta tan MSM atau 18.3 peratus daripada keseluruhan jumlah eksport minyak sayuran dan lelemak dunia.

Sumbangan eksport minyak dan produk berasaskan sawit kepada pendapatan eksport negara juga meningkat kepada RM73.25 bilion pada tahun lalu berbanding RM67.55 bilion pada 2019.

Sumbangan subsektor sawit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 bernilai RM48.31 bilion atau mewakili 56.8 peratus daripada keseluruhan sumbangan KDNK sektor agrikomoditi negara.

Sehingga suku kedua 2021, produk berasaskan sawit yang merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 43 peratus daripada jumlah eksport agrikomoditi, mencatatkan peningkatan kepada RM46 bilion berbanding RM33 bilion pada tahun lalu.

-BERNAMA

 

BACA SETERUSNYA: Kerajaan diminta campur tangan, turunkan kos logistik

Tags: eksportminyak sawitmsm
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kerajaan diminta campur tangan, turunkan kos logistik

Next Post

Dos penggalak dikecam WHO, tidak bermoral

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA