EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Jun 9, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Dos penggalak dikecam WHO, tidak bermoral

by moneycompass
Ogos 19, 2021
in Berita Pasaran Global
Kedutaan
Share on FacebookShare on WhatsApp

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengutuk tindakan negara-negara kaya yang memilih untuk memberi dos penggalak vaksin COVID-19 ketika jutaan penduduk dunia masih belum menerima sebarang suntikan.

Pakar WHO menegaskan tiada data saintifik yang kukuh yang boleh membuktikan dos penggalak diperlukan ketika ini.

Penegasan itu disuarakan sebelum pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penduduk mereka yang layak divaksinasi akan segera menerima dos tambahan.

Pakar berpendapat pemberian dos penggalak ketika ramai masih menunggu untuk menerima vaksin adalah tindakan tidak bermoral.

“Kita merancang untuk memberikan jaket keselamatan tambahan kepada individu yang sudah memiliki jaket keselamatan, sementara kita meninggalkan orang lain untuk lemas tanpa jaket keselamatan,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan kepada wartawan di Geneva.

Awal bulan ini, WHO mendesak penangguhan dos penggalak bagi membantu mengurangkan ketidaksamaan taburan dos antara negara kaya dan miskin.

Bagaimanapun desakan itu tidak menghentikan tindakan beberapa negara maju untuk meneruskan suntikan penggalak, ketika organisasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berusaha untuk mengekang penularan varian Delta di seluruh dunia.

Pihak berkuasa AS memberi amaran keberkesanan vaksinasi COVID-19 semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu AS meluluskan suntikan dos penggalak untuk penduduknya yang layak divaksinasi mulai 20 September.

Washington telah memberikan dos tambahan kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Israel juga telah mula memberikan dos ketiga kepada rakyatnya yang berusia 50 tahun ke atas.

Pakar WHO menegaskan tiada bukti kukuh mengenai dos penggalak dan menegaskan keutamaan untuk menyegerakan suntikan vaksin di negara berpendapatan rendah jauh lebih penting.

“Yang jelas adalah penting untuk mendapatkan suntikan pertama dan melindungi golongan paling rentan sebelum vaksinasi penggalak dilancarkan,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media semalam.

“Jurang antara pihak yang memiliki dan tidak, hanya akan bertambah besar jika pengeluar dan pemimpin mengutamakan suntikan penggalak daripada bekalan ke negara berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

 

BACA SETERUSNYA: Kutipan duti eksport MSM lonjak lima kali ganda

 

Tags: dos penggalakVaksinWHO
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kutipan duti eksport MSM lonjak lima kali ganda

Next Post

Dos vaksin diterima lebih 50 peratus populasi dewasa

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA