WASHINGTON – Pegawai kesihatan Amerika Syarikat sedang menyiasat laporan mengenai vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh Moderna Inc kerana ia mungkin dikaitkan dengan risiko lebih tinggi keadaan jantung yang jarang berlaku dalam kalangan orang dewasa muda, lapor Washington Post.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, ianya terlalu awal untuk pengawal selia membuat kesimpulan dan kerja tambahan perlu dilakukan sebelum sebarang cadangan atau keputusan boleh dibuat.
Jun lalu, pengawal selia kesihatan memberikan amaran tambahan kepada kajian berhubung vaksin mRNA yang dihasilkan oleh Moderna dan Pfizer untuk menandakan risiko keradangan jantung yang jarang berlaku, dikesan khasnya dalam kalangan lelaki muda.
Mereka bagaimanapun berkata, manfaat yang dibawa suntikan itu dalam mencegah virus Covid-19 masih melebihi risiko ini.
Sumber yang dipetik Washington Post berkata, miokarditis mungkin 2.5 kali lebih tinggi dalam kalangan penerima vaksin Moderna berbanding vaksin Pfizer.
Menurut laporan berkenaan juga, siasatan yang memfokuskan data Kanada itu menunjukkan risiko miokarditis mungkin lebih tinggi bagi lelaki yang berusia 30 tahun ke bawah.
Moderna serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS tidak memberi respons segera terhadap permintaan komen daripada Reuters.
BACA SETERUSNYA: Varian Delta lemahkan keberkesanan vaksin
Discussion about this post