KUALA LUMPUR – Satu kajian baharu telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang paling teruk di dunia untuk didiami sewaktu penularan varian Delta pada ketika ini, lapor laman berita Bloomberg, baru-baru ini.
Berdasarkan kajian bulanan yang telah dijalankan oleh Bloomberg, Malaysia terletak di tangga tercorot dalam kalangan 53 negara membangun lain di bawah Thailand, Indonesia dan Filipina.
Kajian itu dinilai berdasarkan kualiti perkidmatan rawatan kesihatan, keluasan liputan program vaksinasi kebangsaan, jumlah kematian keseluruhan dan juga kadar pembukaan semula sektor ekonomi.
Sejak Malaysia memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada awal tahun ini, hanya separuh daripada 33 juta populasi rakyatnya yang telah mendapat vaksinasi penuh.
Walaupun angka itu meliputi hampir separuh populasi penduduk dan terdapat beberapa rancangan kelonggaran kepada mereka yang lengkap pelalian, catatan kes baharu seperti tidak selari dengan sasaran utama PICK bagi menurunkan jumlah jangkitan.
Jumlah purata 100,000 kes baharu yang dilaporkan di Malaysia sejak sebulan lalu merupakan antara yang tertinggi di dunia.
Negara ini telah mendapat 67 mata iaitu tahap yang memuaskan untuk liputan penjagaan kesihatan yang masih dipercayai dan berkesan dalam memastikan keselematan rakyat.
Bagaimanapun, Malaysia menerima 81 mata bagi undian yang menyatakan kebimbangan rakyat bahawa perintah berkurung yang kembali diperketatkan sejak beberapa bulan lepas tidak membuahkan hasil positif.
BACA SETERUSNYA: PKS diminta berwaspada setelah beroperasi semula
Discussion about this post