EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Belanjawan 2022 pemangkin ke arah RMKe-12

by moneycompass
September 1, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Belanjawan 2022
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2022 akan berusaha untuk memastikan tiada pihak yang layak tercicir, sama ada golongan rakyat mahupun perniagaan, dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

Belanjawan ini juga merupakan pemangkin ke arah pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang akan memacu pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian ekonomi dalam jangka sederhana, berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Menurut Kenyataan Pra-Belanjawan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) pada Selasa, secara keseluruhannya, Belanjawan 2022 dirangka dengan jangkaan situasi ekonomi pulih daripada kesan pandemik COVID-19 pada tahun hadapan.

“Oleh yang demikian, Belanjawan  2022 akan memberi tumpuan utama untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan, membina semula daya ketahanan negara dan memangkinkan pembaharuan pasca-pandemik,” jelas MoF.

Belanjawan 2022 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt, 2021.

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai sesi libat urus dan perundingan bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan belanjawan yang dirangka adalah komprehensif dan memenuhi aspirasi segenap pihak selaras dengan iltizam Keluarga Malaysia.

Belanjawan 2022 dirangka berdasarkan tiga keperluan utama iaitu pertama, meneruskan program bantuan dan sokongan untuk memastikan pemulihan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi selaras dengan pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat melalui Pelan Pemulihan Negara.

Kedua, menentukan kesinambungan dasar dan bantuan untuk menyokong rakyat dan perniagaan agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis bagi terus melindungi mata pencarian dan kehidupan rakyat dan perniagaan.

Ketiga, memangkinkan pembaharuan pasca-pandemik supaya negara mampu bangkit dengan lebih perkasa dan berdaya saing serta berteraskan pembangunan negara yang lebih terangkum dan mampan,” menurut MoF.

Bagi memastikan negara berjaya pulih dan keluar daripada kemelut ini, Belanjawan 2022 akan terus melindungi dan memulih kehidupan dan mata pencarian pasca pandemik.

Kerajaan juga akan memacu pemulihan bagi sektor ekonomi yang paling teruk terjejas seperti sektor pelancongan dan peruncitan, jelasnya.

Belanjawan 2022 juga akan menumpukan usaha untuk membantu golongan rentan, wanita, orang asli dan kurang upaya supaya tidak terpinggir dalam agenda pemulihan dan pembangunan negara.

Di samping itu, usaha berterusan bagi melindungi dan mencipta peluang pekerjaan baharu akan terus dijadikan keutamaan, menurutnya.

“Daya ketahanan ekonomi negara diuji sepanjang krisis pandemik COVID-19. Krisis ini mencabar kekentalan daya ketahanan ekonomi negara yang berteraskan kepelbagaian ekonomi, ketahanan fiskal serta keupayaan sistem kesihatan negara.”

“Namun demikian, ia juga memberi peluang kepada semua pihak untuk mengkaji kekurangan dan memperkukuh lagi ketahanan negara untuk menghadapi kemungkinan krisis serupa pada masa akan datang,” menurut MoF.

Justeru, Belanjawan 2022 akan menekankan antaranya usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara bagi menghadapi krisis kesihatan melalui peningkatan kapasiti dan kualiti, memperkasa modal insan dalam sektor berkenaan serta menjalinkan kerjasama lebih erat antara penyedia perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.

Di samping tumpuan kepada aspek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur fizikal, Belanjawan 2022 akan turut memberikan penekanan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi dan sosial pada masa hadapan.

“Dari aspek pendidikan, infrastruktur dan aplikasi digital perlu dipertingkatkan bagi membolehkan sistem pendidikan membuat penyesuaian dengan keperluan belajar secara dalam talian di rumah.”

“Selain itu, bagi sektor perniagaan, aplikasi dan infrastruktur digital turut memainkan peranan penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan sektor ini kekal beroperasi dan produktif,” tambahnya.

MoF menjelaskan krisis ini juga mendedahkan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.

Oleh yang demikian, penekanan juga akan diberikan untuk mempercepat peralihan kepada teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 dan transformasi digital serta meningkatkan keupayaan modal insan negara melalui program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula berasaskan permintaan semasa pasaran pekerjaan, jelasnya.

“Belanjawan 2022 turut akan mengkaji kaedah untuk membina semula ketahanan fiskal negara yang terkesan disebabkan komitmen kerajaan dalam menampung pakej rangsangan dan bantuan untuk rakyat dan perniagaan,” menurut MoF.

Krisis COVID-19 juga memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi ke arah mewujudkan ekonomi yang lebih lestari serta berproduktiviti dan bernilai tambah tinggi.

Oleh yang demikian, Belanjawan 2022 akan memastikan langkah-langkah pembaharuan dilaksanakan, dengan memberi penumpuan kepada pencapaian SDG, RMKe-12 dan WKB2030.

Kerajaan akan menumpukan, antara lain, ke arah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam serta penekanan unsur alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) dalam perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan.

“Usaha ini menggambarkan tekad negara untuk membangunkan ekonomi yang lebih lestari dan terangkum, yang akan menjadi daya penarik kepada perniagaan untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan utama,” tambah MoF.

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam tempoh pandemik ini telah menunjukkan kepentingannya sebagai rakan pembangunan kerajaan dalam menangani pelbagai isu rakyat.

Oleh itu, kerajaan juga akan memperkukuh kerjasama dengan CSO dalam pelbagai bidang seperti membasmi kemiskinan, meningkatkan modal insan dan meningkatkan kualiti kesihatan rakyat, menurut MoF.

– BERNAMA

 

BACA SETERUSNYA: Malaysia tercorot untuk didiami semasa COVID-19

Tags: Belanjawan 2022. BelanjawanCOVID-19
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

SPA perlu isi 26,000 jawatan kosong setiap tahun

Next Post

‘Mu’, varian coronavirus baru dipantau WHO

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA