EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Khamis, Oktober 5, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

‘Mu’, varian coronavirus baru dipantau WHO

by moneycompass
September 1, 2021
in Berita Pasaran Global
Varian
Share on FacebookShare on WhatsApp

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pihaknya sedang memantau varian coronavirus baharu dikenali sebagai ‘Mu’, yang pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari.

Mu, yang secara saintifik dinamakan sebagai B.1.621, diklasifikasikan sebagai ‘varian menarik minat’, kata WHO dalam buletin pandemik mingguannya, semalam.

WHO menyatakan varian terbabit mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan menekankan bahawa kajian lebih lanjut diperlukan untuk memahaminya dengan lebih baik.

“Varian Mu mempunyai buruj mutasi yang menunjukkan potensi sifat pelarian imun,” kata buletin itu.

Terdapat kebimbangan meluas mengenai munculnya mutasi virus baharu ketika kadar jangkitan meningkat lagi secara global, dengan varian Delta yang sangat mudah disebar – terutama dalam kalangan yang tidak divaksinasi – dan di wilayah di mana langkah-langkah antivirus telah dilonggarkan.

Semua virus, termasuk SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, bermutasi dari semasa ke semasa dan kebanyakan mutasi mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap sifat virus.

Namun, mutasi tertentu dapat mempengaruhi sifat virus dan mempengaruhi seberapa mudah penyebarannya, keparahan penyakit yang ditimbulkannya, dan penentangannya terhadap vaksin, ubat-ubatan dan penghalangnya lain.

WHO ketika ini mengenal pasti empat varian COVID-19 yang menjadi perhatian, termasuk Alpha, yang terdapat di 193 negara, dan Delta, yang terdapat di 170 negara.

Lima varian, termasuk Mu, sedang dipantau.

Selepas dikesan di Colombia, Mu sejak itu dilaporkan di negara Amerika Selatan dan Eropah yang lain.

WHO menyatakan, kelaziman globalnya telah menurun hingga di bawah 0.1 peratus dalam kalangan kes yang diuruskan.

Bagaimanapun, di Colombia, virus itu berada pada tahap 39 peratus.

-BERITA HARIAN

 

BACA SETERUSNYA: Belanjawan 2022 pemangkin ke arah RMKe-12

Tags: COVIDvarianWHO
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Belanjawan 2022 pemangkin ke arah RMKe-12

Next Post

Malaysia 80 peratus bandar menjelang 2030

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA